Sunday, September 05, 2004 

Bersama

Alhamdulillah, semalam berbagai-bagai perkara yg tak disangka berlaku berlaku. Seronok betul saya semalam. Walaupun, ada sedikit perkara yg tak sehaluan, tapi, biasalah, bende-bende macam ni. Perlu diberi masa. Tak boleh terburu-buru. Moga, dpt bersabar.

Sesungguhnya, manusia sering berubah. Ada kala di atas, ada kala di bawah. Ada kala tenang ada kala resah. Ada kala gembira ada kala sedih.
Memang betulla, hati manusia mudah berbolak-balik

Cantiknya, segala ketetapan Allah itu, buruk atau baik, segalanya ada hikmah. Kerana dari pengalaman kita belajar. Namun, kalau tak berlandaskan Al-Qur'an dan As-Sunnah, keberkesanan pengalaman untuk mengubah diri kita menjadi insan yang lebih diredhai, utk tunduk tidak dapat dicapai ke tahap semaksimumnya.

Erm, ... mungkin, ramai yang tak faham. Tapi, no worries. Saya akan explain. :)

Dulu, melalui pengalaman, saya prefer untuk menguatkan iman dengan mencari sendiri kebenaran itu. Yerla, manusia mana ada yang sempurna. Reasonnya, sejauh mana pun ilmu manusia, masih, manusia tidak dapat lari dari buat kesilapan. Di fikiran, inilah cara yang paling kurang risiko. Tapi, dalam sedar tak sedar, saya menjadi insan yang agak payah untuk mempercayai orang-orang di sekeliling, perlu soal-selidik dulu dan mungkin mengambil masa untuk mempercayai. Yang bagusnya, saya jadi berhati-hati.

Tapi, jika perkara itu elok, alangkah ruginya jika saya menjauhkan diri daripadanya. Tapi, kalau perkara itu tak elok. Alhamdulillah. Jadi, macam mana ni?
Yang nyata dua-dua cara itu ada risiko. Kerana, diri sendiri pun tak sempurna. Kerana macam mana manusia buat pilihan, kaki yang mana patut langkah dulu, kanan atau kiri, macam itulah manusia membuat pilihan antara Hawa atau kebenaran/wahyu.

Tapi, dalam tidak percaya orang, saya lupa satu perkara: "Al-Qur'an dan As-Sunnah"

Macam nila, saya kasi contoh.
Katakanlah, saya jalan-jalan dengan kwn, sekali saya ternampak duit RM10. Ala, ringgit jer bukan Aussie. :) Tapi, masa tu, katakanla, saya di Malaysia. Jadi, saya pun cepat-cepat kutip duit dan lari beli gula, mkn sekali. Heh, jolap. :)
Sekali kwn saya kata die hilang duit. RM10. Argh, sudah. Macam mana ni. Dahla, kwn ni miskin. Anak yatim, haa, perlagi, cacat lagi. Punyala guilty tak ingat. Sekali saya pun pergi consult ngan kwn saya ni. Tapi, kwn yg ni mmg kerja mencuri. Ermph, hampeh, sure die kata "No halnya".
Jadi, di sini, silapnya, saya tak berbalik pada Al-Qur'an dan As-Sunnah.

Risiko ada di mana-mana. Manusia tidak akan dpt lari dari diuji. Tapi, Alhamdulillah, kita ada owner's manual guide:Al-Qur'an dan As-Sunnah. Selagi, berpegang kepada yg ni, selamat. Selagi kita open-minded dengan berlandaskan Al-Qur'an dan As-Sunnah, okeh. Open-minded biar bertempat.

Jadi, mmg eloklah kalau kita mencari kebenaran itu bersama-sama, bergerak bersama-sama seperti Rasulullah. Hidup kita ni bukan saja mencari ilmu tapi sama-sama mencari kebenaran utk menguatkan iman, mencari keredhaanNya jua kerana ini juga tanggungjawab kita. Lain orang lain tahap imannya, lain tahap ilmunya. Ada yang diberi petunjuk. Ada yang tidak. Disebabkan ini, sama-samala kita berkongsi, menyebarkan ilmu yg ada, nasihat menasihati, bantu-membantu untuk sama-sama mengamalkannya demi memperkuatkan iman ini. Refer to: Al-Asr.

Namun, ada pula yg argue, even the interpretation of Al-Qur'an is biased. Tapi, saya fhmla kalau org ckp macam ni. Sebab itu, saya rase dlm utk mencari kebenaran, perlu secara berkumpulan kerana dlm kumpulan, sama-sama boleh bantu mencari resource yg lain, mcm kisah-kisah nabi, hadis, tafsiran ulama-ulama yg boleh dipercayai. Sesetengah orang, ulama pun susah nak percaya. Kalau mcm ni, saya rasa elok pergi berkenalan dengan ulama itu sendiri sbb kepercayaan tu blum ada. :)

Heh, satu hal pula eh. Okla, cara lain perlu tahu bagaimana ulama mentafsirkan Al-Qur'an dan sebab-sebab tafsiran itu begitu. Bunyi mcm susah juga eh? Ermph, zaman berteknologi ni, saya rase kalau nak sesuatu tuh, ade jer caranya.

Memang kena belajar Bahasa Arabla. :) Memang boleh tafsir Al-Qur'an. Cuma, kalau ada yang kita tak setuju dengan pendapat ulama, perlu berhati-hati sebab selagi isi Al-Qur'an belum betul-betul sebati, belum betul-sini betul difahami dan diingati keseluruhannya, bermakna, kita masih belum layak untuk menolak pendapat ulama. Tapi, hidup kita bukan setakat menguatkan iman diri sendiri, tetapi, juga bersama-sama menguatkan iman kwn-kwn yg lain. Sebab, dengan cara itu juga, dpt menguatkan iman diri sendiri.
Dan, perlu juga berani mengaku kelemahan diri yg ada dan tidak segan menerima teguran sbb nila caranya utk menguatkan iman.

Before, saya pergi, saya byk kata Manusia ada kelemahan. Ayat ni utk menggalakkan kita refer to Al-Qur'an tapi bukan utk kita jadikan alasan utk tidak maju. Jadi, SAMA-SAMAlah....

P/S:ini peringatan untuk saya jua.



About me

  • Simply put, I am a Muslimah and am still trying to becoming one...Let it be that way,.. for the rest of my life as there are no other better things than to worship Allah Alone, the One and Only, the Most Gracious, Most Merciful. Aamiiin
  • From Allah we come and to Allah, we will return. Islam, a gift from Our Creator, Allah to humankind,..a Peaceful Way of Life
My profile