Thursday, December 30, 2004 

Al-Fatihah(sambungan)

Orang yang beriman juga, yang mempunyai keyakinan yang sangat tinggi kepada Allah SWT akan hanya meminta pertolongan daripada Allah SWT bila dilanda kesusahan dan cuba mengelakkan diri daripada meminta pertolongan dari sesiapa. Dengan izin Allah,kuasaNya, dan limpah kurniaNya, Allah akan tunjukkan/berikan jalan/cara/etc. untuk menyelesaikan masalahnya. Percayalah....

Al-Fatihah sebenarnya macam suatu doa juga. Adalah penting untuk kita sentiasa mengharapkan pertolonganNya. Pada pendapat saya, saya rasa ayat ini juga terserlah, konsep kepercayaan kepada Tuhan yang Esa, konsep keyakinan kepada Tuhan yang Esa, konsep bergantung kepada Allah sahaja.

Kerana sesungguhnya, dengan pelbagai penemuan dan perkembangan yang baru, samada dari sudut ilmu sains, teori, falsafah, dan sebagainya, ....dalam sedar atau tak sedar, mungkin ada perbuatan kita yang menggambarkan seolah-olah kita ada mempersekutukan Allah dengan sesuatu. (Ya Allah, minta dijauhkan!)

Kerana, ketahuilah, sesungguhnya, kepercayaan kepada 'La ila ha illallah' itulah yang membezakan seorang Muslim yang sejati dengan seorang kafir. Mungkin ini perumpamaan yang terlalu keras, tapi, heh.... saya rasa ianya bagaikan antara Hidup atau Mati. Sebab yerla, dengan kalimah ini jugalah, seorang itu beriman, kemudian menjadi orang Islam, dan agama Islam itulah agama yang diredhai di sisi Allah, dan bahwa amalan orang Muslim itu ada nilainya tetapi amalan orang kafir adalah sia-sia, dan nikmat iman yang semakin bertambah itulah yang makin menghidupkan dan menyegarkan roh seseorang insan.

Indah sungguh peribadi Allah!

Allah sentiasa mahukan kita untuk beriman kepada Allah dan engkar kepada kepercayaan Taghut yang boleh membinasakan kita.

Contohnya, apabila seseorang itu percaya kepada bomoh, sesuatu benda, tilik nasib.... betapa rosaknya hidup seseorang itu. Ia boleh menimbulkan...

Sifat buruk sangka yang boleh mengeruhkan hubungan sesama manusia yang dulunya aman.
Sifat takut yang menghalang pergerakan seseorang. Seseorang itu menjadi seorang yang terlalu berhati-hati sehinggakan payah untuk mempercayai orang dan membina hubungan.
.. Lantas, apa yang berlaku, .... seseorang itu hidup menyendiri.....

Sedih.... Bagaimana boleh seseorang itu hidup sendiri sedangkan memang Allah jadikan umat manusia itu berbeza kelemahan dan kelebihan supaya dengan itu, manusia hidup saling perlu-memerlukan.

Kemudian, bacaan diteruskan dengan,

5. Tunjukkanla kami jalan yang lurus,

iaitu jalan orang-orang yang terdahulu yang Engkau kurniakan nikmat ke atas mereka bukan jalan orang-orang yang Engkau murkai dan bukan pula jalan orang-orang yang sesat.

Allah sentiasa mahukan kita berada di jalan yang lurus. Begitu juga kita. Jauh di dalam hati manusia masing-masing, manusia sebenarnya tercari-cari, rindu untuk berada di jalan yang lurus. Jalan yang membebaskan manusia daripada kebuntuan hidup, kekeliruan dan kemerosotan akal fikiran, kesempitan dan kesesakan dada.

Sesungguhnya manusia tidak dapat lari daripada berhadapan dengan pelbagai dugaan, keseronokan duniawi, pengaruh orang-orang zalim, etc yang bisa melalaikan manusia dan melupakan manusia akan pencarian hakikat fitrah ini.

Orang-orang yang berdusta terhadap Tuhan adalah orang-orang yang zalim yakni:

11:19 (Iaitu) orang-orang yang menghalangi (manusia) dari jalan Allah dan menghendaki (supaya) jalan itu bengkok. Dan mereka itulah orang-orang yang tidak percaya akan adanya hari akhirat.

Jalan lurus itulah jalan orang-orang yang Allah kurniakan nikmat, jalan yang membolehkan manusia merasai nikmat iman, jalan ketaatan kepada Allah sahaja, jalan beramal/beribadah hanya kerana Allah, jalan melakukan kebaikan dan menjauhi keburukan, sebagaimana yang dikehendaki dan diredhai oleh Allah SWT. Jalan yang menepati kalimah 'La ila ha illallah'

Bukan sebarang jalan yang membawa kepada kemurkaan Allah seperti jalan yang dipilih oleh kaum Yahudi dan bukan jalan yang menyesatkan, seperti Nasrani. (Org Christian).

Sebagai penutup, syukur Alhamdulillah kerana kita dituntut untuk mengerjakan solat 5 waktu dan dituntut untuk membaca Al-Fatihah.

Sebelum saya akhiri karangan saya, moga-moga kita sentiasa melakukan ibadat, perbuatan menyembah Allah - melakukan sebarang perbuatan kerana Allah yang membawa kepada keredhaanNya dan mengelakkan daripada melakukan sebarang perbuatan yang membawa kepada kemurkaanNya. Aamiiin.



Tuesday, December 28, 2004 

Al-Fatihah

Al-Fatihah, merupakan surah yang istimewa dan penting sehingga diwajibkan bagi orang Islam untuk membacanya di dalam solat.

Kita mengerjakan solat 5 waktu sehari, dan ini bermakna kita membaca Al-Fatihah sebanyak 17 kali setiap hari. Jadi, persoalannya, kenapa diwajibkan?

Mungkin bagi sesetengah org, kata-kata diwajibkan berbunyi seolah-olah suatu beban yang dipaksa ke atas orang Islam. Namun, bagi orang yang beriman, seharusnya, kata-kata diwajibkan tidak dirasakan suatu beban tetapi suatu penghargaan dan kerelaan.

Di sinila peranan mengenali diri amatlah penting. Kerana setelah mengenali dirila, seseorang manusia itu boleh merasakan bahawa surah Al-Fatihah itu suatu keperluan yang bersesuaian dengan kehendak manusia. Manusia yang tidak akan berubah hakikatnya sebagai hamba Allah yang lemah dan sering membuat kesilapan tatkala hatinya berbolak-balik tiap saat tiap detik tatkala dilanda ujian. Dan Allah Maha Mengetahui hakikat ini. Bukankah Dia itu Maha Pencipta segala sesuatu?

1.Dengan nama Allah yang Maha Penyayang, Maha Pengasih.

Permulaan surah Al-Fatihah merupakan suatu adab berbicara dengan Allah SWT. Menyebut nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang. Walaupun bacaan ini berbunyi seakan pujian kepada Allah, yang menariknya, dengan pujian terhadap sifat kasih sayangNya jugala merupakan tanda kasih sayangNya terhadap kita kerana dengan kepercayaan dan peringatan terhadap sifat Rahmah Allah inilah juga yang mampu menjadikan kita seorang insan yang sentiasa merasai kegembiraan dan mengecapi ketenangan hati, jiwa dan perasaan. Sesungguhnya, benarla, Rahmat Allah tidak terkira banyaknya.

2. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.

Solat merupakan suatu cara komunikasi antara manusia dan Allah, Tuhan sekelian alam. Ungkapan di atas menunjukkan seolah-olah manusia, yakni kita setelah menyedari sifat-sifat Allah, memuji Allah akan segala kebaikan yang dicurahkanNya. Dan sememangnya, Allah Maha Layak untuk menerima pujian. Selain itu, "Tuhan semesta alam" juga menandakan pengakuan seorang Muslim bahawa Allah adalah penguasa, pentadbir, pengurus dan pemelihara. Moga dengan pengakuan ini, seorang Muslim itu disematkan di dalam hatinya, tauhid Rububiyah. Kepercayaan bahwa Tuhan mempunyi kuasa untuk memberi rezeki, untuk menurunkan bala, untuk memberi pertolongan, dll.

3. Yang menguasai hari pembalasan.

Setelah manusia mengakui bahwa Allah yang menguasai hari pembalasan, maka terdorongla manusia untuk menjalankan tanggungjawabnya sebagai hamba Allah, khalifah Allah di muka bumi ini. Dengan adanya kepercayaan terhadap pengakuan ini, maka, secara automatisnya, manusia dapat menikmati Tauhid Uluhiyah, yakni kepercayaan bahawa manusia perlu melakukan apa yang Allah perintah manusia lakukan dan meninggalkan apa yang Allah larang manusia lakukan.

Indah sungguh peribadi mulia Allah SWT!

Telah kita ketahui bahwa fitrah manusia suka lakukan kebaikan dan sebagai ganjaran, manusia merasai ketenangan jiwa. Namun, bukan ini sahaja Rahmah Allah tetapi manusia juga dapat merasai nikmat diangkatkan darjat kemuliaan manusia. Muncullah manusia yang lebih murni, lebih suci, dan lebih bersih di pandangan Allah dan di pandangan manusia yang lain.

Sesungguhnya, di dlm hadis 19, Nabi Muhammad SAW pernah bersabda, "Peliharalah Allah, nescaya Allah akan memeliharamu. Peliharalah Allah nescaya engkau akan dapati Dia di hadapanmu. Apabila engkau meminta, maka pintalah daripada Allah".

4. Akan engkau sahaja wahai Tuhan yang Engkau abdi dan Engkau sahaja tempat aku meminta pertolongan.

Pada kebiasaannya kita memohon pertolongan apabila dilanda kesusahan. Seolah kita memanggil ambulans apabila terdapat kecemasan.

Dan di sini, kita dapati Allah, selaku Pencipta kita mengetahui bahawa hambaNya sering dilanda kesusahan dan amatlah penting untuk kita mengakui hakikat ini. Allah tahu bahawa kita mungkin akan tersesat dan terlari daripada jalanNya yang lurus, Bahawa hati kita mudah berbolak-balik. Baik sekarang tidak bermakna baik selamanya dan jahat sekarang tidak bermakna jahat selamanya.

Seperti hadis 4, Rasulullah SAW pernah bersabda, "Demi Allah Yang Tiada Tuhan melainkanNya, sesungguhnya salah seorang di antara kamu akan beramal dengan amalan ahli syurga, sehingga jarak antaranya dan syurga tidak leboh dari sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli neraka lalu dia memasuki neraka. Dan sesungguhnya salah seorang di kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli neraka, sehingga jarak antaranya dengan neraka tidak lebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli syurga lalu dia memasuki syurga".

Jadi, betapa sayangnya Allah kepada kita, maka, Allah inginkan hambaNya untuk sentiasa meminta pertolongan kepadaNya sahaja.

Indahnya sifat mulia Allah SWT!

Jika meminta pertolongan daripada manusia, teman kita contohnya, mungkin teman kita akan berasa bangga dan dipercayai. Namun, jika berulang kali kita meminta pertolongan daripada teman kita, mungkin juga akan tiba suatu tahap yang teman kita itu akan merasakan bahawa kita ini seperti suatu beban yaNG menyusahkan. Tetapi, tidak bagi Allah. Malah Allah menyuruh kita untuk selalu meminta pertolongan daripadaNya.

Yang kita perlu lakukan ialah memanggil pertolongan Allah dan Allah akan mengabulkan pertolongan kita. Kita perlu sentiasa bersangka baik kepada Allah dan yakin bahawa Dia akan mengabulkan permintaan kita, cuma, lama atau sekejap, terpulang kepada Allah untuk menentukan. Contohnya, doa Nabi Ibrahim kepada Allah, iaitu memohon Allah untuk menjadikan imam bagi seluruh manusia dan drpd keturunannya (2:124). Setelah berlalu suatu tempoh yang sangat lama, lahirlah Nabi Muhammad SAW, nabi untuk umat manusia yang daripada keturunan Nabi Ibrahim.

To be continued...







 

Alhamdulillah

Alhamdulillah, banyak pengajaran dan kebaikan yang saya peroleh daripada program 5 hari yg lalu. Dan semuanya ini, merupakan rahmat Allah jua, Syukur Alhamdulillah.

Sebenarnya, rasa sayang kepada Allah memang boleh terbina jika kita sedar bahawa apa sahaja yang berlaku di sekeliling kita, sedar atau tak sedar sebenarnya membuahkan manfaat kepada kita. Hadiah istimewa, keajaiban daripada Allah SWT. Insan-insan mulia yang kita temui semuanya datang daripada Allah jua, mulut manis insan-insan ini digerakkan oleh Allah jua dan segalanya milik Allah jua. Makin byk kata-kata nasihat dan tunjuk ajar yang diberi, semakin boleh dirasakan pertolongan Allah itu sangat dekat. Sesungguhnya Allah mengajar kita melalui takwa dan melalui perantaraan.

Panggillah Allah dan Allah akan membantumu. Apa lagi hadiah yang lebih hebat daripada ini? Tiada makhluk yang dpt menandingi kehebatan Allah, baik dari segi sifat kasih sayangNya, KuasaNya, AdilNya.... Namun, kadang-kadang, tatkala manusia terleka dengan keseronokan hidup bersama teman-teman, hiburan, keluarga, ketergantungan yang tidak disertai "niat kerana Allah" membuatkan kita lupa untuk meminta pertolonganNya di kala kesuasahan. Yang dicari, manusia yang sebenarnya hanyalah hamba sepertinya dan tidak dpt memberi apa-apa manfaat ataupun mudarat.

Dan, hari ini, saya beli sesuatu. Moga saya dapat istiqamah dan cuba sedaya yang mampu... Aamiiin.




Monday, December 20, 2004 

Bangkit dr Tidur, Tersedar dr Mimpi

Menyaksikan apa yang berlaku kini, memang sedih tetapi, harus mengharungi dan menghadapinya. Namun, penyaksian kita bukan hanya terhad kepada zaman sekarang tetapi juga merangkumi zaman dahulu kerana ianya saling bersangkut-paut.


Ketidakpekaan dgn hakikat ini boleh menjadikan kita umat yang buta dgn perbuatan kejam Barat sehinggakan kita boleh menyindir gerakan para pembawa revolusi dgn mengatakan, "Perkara tu sudah berlaku dan tak perlu disedihkan dan diungkitkan lagi".

Memang, penyataan di atas tidak dpt dinafikan ada betulnya. Cuma, perkara yang sudah berlalu, lagi-lagi di dalam konteks yang lebih besar iaitu sejarah dunia tidak patut diremeh-temehkan kerana ianya membantu kita untuk lebih memahami sunnatullah (hukum Allah), sebab jatuh-turunnya suatu tamadun, pergantian suatu tamadun dengan tamadun yang lain, dll dan semuanya supaya kita jadikan pengajaran dan mengambil tindakan sebagai khalifah Allah, umat contoh. Sebab itulah di dalam Al-Qur'an byk diceritakan musibah-musibah yang melanda kaum yang menentang Allah.

Dengan adanya dunia tanpa sempadan, berlakulah pertembungan antara peradaban Barat dan peradaban Islam. Sebenarnya perkara ini bukanlah perkara yg baru.

DAHULU, apabila pertembungan berlaku, orang Barat berjaya mengambil dasar ilmiah daripada peradaban Islam, tetapi sayang, bukan dasar nilainya.

KINI, sayang kerana orang Islam mengambil dasar ilmiah dan mencampuradukkan dasar nilai peradaban Barat bersama dengan dasar nilai peradaban Islam. Maka, di sinilah lahirnya generasi baru umat Islam yang kurang berkualiti drpd generasi pertama yang hanya mengambil Al-Qur'an dan Sunnah sebagai sumber yang tunggal. Generasi umat Islam yg kini telah didedahkan dengan pelbagai falsafah dan ideologi asing sebelum betul-betul faham dan arif ttg Islam. Maka, lahirla umat Islam yang keliru dengan Islam dan tidak jelas ttg arah tujunya.

Sahabatku,

Sayang sekali kerana byk di antara saudara-saudara kita yang tidak jelas tentang konsep ketentuan Allah, qada' dan qadar dan kurang yakin terhadap Allah dan husnuzon (bersangka baik) kepadaNya. Lebih sayang sekali kerana ianya menyebabkan umat Islam menjadi lemah, kurang berusaha, sentiasa resah, penat dan tergesa-gesa mengejar duniawi sehingga berada dalam tekanan dan lebih teruk lagi, terasa ingin membunuh diri. Ketahuilah sahabtku, bahawa, mereka ini tidak semestinya ingin berada dlm kegelapan sentiasa kerana fitrah inginkan kebaikan sentiasa ada, cuma belum dibuka.

Allah lah yang menetapkan segala-galanya, dan manusia hanya boleh membuat pilihan. Apa sahaja yang berlaku ada hikmahnya dan amalan kita tidak pernah sia-sia kerana Allah menilai kita melalui ketakwaan kita dan bukannya ketinggian pangkat, jawatan, atau harta, warna kulit dan bangsa.

Pilu kerana nikmat iman yang menjadi kunci, meleraikan segala masalah, membuka pintu kebahagiaan tidak dapat dirasai.

Percayalah bahawa sesungguhnya kekuatan nikmat iman ini tiada tandingannya. Bagi yang beriman, diri sentiasa tenang walau berada di dalam penjara (seperti kisah Yusuf), dan bukannya resah walau berada di dalam istana. Bagi yang beriman, kesusahan menambah sayangnya kepada Allah dan kesenangan menambah syukurnya kepada Allah.

Namun, apabila hawa nafsu merajai manusia, manusia mula tamakkan kuasa demi memuaskan kepentingan-kepentingan yang lain. Perbezaan warna kulit dan bangsa dan semangat cintakan negara dan bangsa yang diterapkan menyebabkan manusia bersifat perkauman, kenegaraan dan bersikap tidak adil.

Barat sentiasa cuba menonjolkan imejnya sebagai kuasa besar bersikap berat sebelah, mementingkan keseronokan, memperbesarkan isu hak kebebasan yang sebenarnya palsu bagi menipu dan menakutkan dunia. Bukan itu sahaja, malah,

1.Barat mencuba apa sahaja cara utk mencairkan suara lantang tentangan daripada pejuang-pejuang Islam yang tidak kenal erti TAKUT, yang sedar akan sikap Barat yang berkepentingan dan tidak ikhlas, yang sedar akan tanggungjawab untuk memimpin umat manusia menuju ke arah kesejahteraan.

2.Barat mencuba apa sahaja cara untuk menghalang manusia daripada melihat kemurnian peradaban Islam yang tidak memaksa umat bukan Islam untuk mengamalkan peradaban masing-masing sebagaimana Islam tidak memaksa umat bukan Islam untuk menganut Islam.

Utk mencapai misi-misi ini, Barat menguatkan teknologi ketenteraannya dan meluaskan propaganda media massa. Barat juga menghalang negara lain utk lebih maju drpdnya terutamanya negara Selatan demi menjaga kepentingan dan keselamatan org Barat dengan melakukan penindasan. Contohnya, memberi pinjaman bersyarat di mana wang yg dipinjamkan hanya boleh dilaburkan ke dlm industri tertentu bagi memastikan negara tersebut tidak maju dlm sesuatu bidang dan sentiasa mengimpot brgan Barat dan bergantung harap kpd Barat.

Menyedari keterbelakangan kita dan niat jahat musuh-musuh Islam, menjadi tugas kita yang besar untuk menyampaikan, menerangkan dan meyakinkan semua umat manusia akan peradaban Islam yang boleh membawa kesejahteraan kepada semua umat manusia.

 

Saksi

Setelah sekian lamanya, baru ni terasa sekali untuk menulis sesuatu, menyambung tugas di laman web. Sejak balik dari Australia, macam-macam perkara berlaku. Dugaan memang berada di mana-mana.

Tetapi, medan lebih tertumpu kepada keluarga tersayang dan terasa diri hanya seorang walaupun sebenarnya tidak pernah sekali begitu. Namun, dalam pada keinginan untuk membantu, harus diingat bahawa diri juga perlu dibantu kerana sesiapa sahaja sedar atau tak sedar sebenarnya masih mempunyai kelemahan dan masih melakukan kesilapan. Dan di sini, bermulalah titik pencarian agar amalan dan iman dpt ditingkatkan. Sesungguhnya Allah Maha Saksi/Melihat dan diri tidak lari drpd disaksikan oleh sesiapa.

Apabila Al-Qur'an menyebut bahawa,

"Dan demikian (pula) Kami telah menjadikan kamu (umat Islam) sebagai umat yang adil (wasathan) agar kamu menjadi saksi atas (perbuatan) manusia dan agar Rasul (Muhammad) menjadi saksi atas perbuatan kamu.. (2:143)

Perkataan saksi ini kalau didalami betul-betul, mampu memberi kesedaran yang tinggi dan kekuatan peribadi. Pasti sukar utk memahami mengapa saya berkata begini....

Adanya mata supaya dapat melihat,
Dapatnya melihat supaya menjadi saksi,
Menjadinya saksi supaya dapat memikirkan,
Dapat memikirkan supaya adanya kesedaran,

Adanya kesedaran supaya bermulalah perjuangan....

Memang kita tidak dapat melarikan diri daripada menyaksikan masalah diri, masalah keluarga, masalah masyarakat, masalah negara dan masalah umat... Tetapi, soalan yang utama di sini ialah bagaimana kita memanfaatkan penyaksian kita....

Kita umat Islam dijadikan untuk menjadi khalifah Allah di dunia, dan adalah menjadi keperluan kita untuk sentiasa menyaksikan apa yang berlaku sebagai pendorong untuk kita berusaha menjadi khalifah Allah, utk kita mengambil pengajaran dan untuk kita mencari jalan. Tidak lupa juga, kita juga perlu menyedari bahawa manusia lain juga menjadi saksi kita dan oleh itu, kelalaian dan kegagalan kita dalam menjadi contoh teladan sebagai khalifah Allah bakal dijadikan hujah di hari pembalasan kelak. Dalam pada kita bersusah-payah untuk menjadi khalifah Allah, menyampaikan risalah ajaran Nabi, Rasul menjadi saksi kita.

Dan, perkara yang penting sekali ialah bahawa Allah Maha Saksi atas segala-galanya.

to be continued...




About me

  • Simply put, I am a Muslimah and am still trying to becoming one...Let it be that way,.. for the rest of my life as there are no other better things than to worship Allah Alone, the One and Only, the Most Gracious, Most Merciful. Aamiiin
  • From Allah we come and to Allah, we will return. Islam, a gift from Our Creator, Allah to humankind,..a Peaceful Way of Life
My profile