Wednesday, August 02, 2006 

Matlamat Hidup

"Sesungguhnya engkau berada pada satu zaman yang didapati banyak fuqaha'nya (orang-orang yang faham ayat al-Qur'an) dan sedikit pula qara'nya (orang-orang yang pandai membaca ayat-ayatnya) tetapi hudud al-Qur'an (larangan-larangannya) tetap dipeliharanya sedangkan hurufnya tidak pula sangat diwajibkannya. Sedikit orang meminta, banyak orang yang memberi. Mereka memanjangkan sembahyang dan memendekkan khutbah. Mereka mulakan saja 'amal-'amal mereka sebelum percakapan mereka. Dan akan datang satu zaman kepada manusia yang didapati sedikit sekali qara'nya (qari-qarinya), dipelihara benar hurufnya tetapi disia-siakan hududnya (larangannya). Banyak orang yang meminta, sedikit orang yang memberi. Mereka memanjangkan khutbah, memendekkan sembahyang. Mereka mulai menuruti kemahuan-kemahuan mereka sebelum melakukan 'amal-'amal mereka." Bersua kembali.....

Hari demi hari... pasukan musuh dari pihak Yahudi Zionis tidak henti-henti melancarkan serangan... biarpun serangan roket terhadap Lebanon dihentikan, hakikatnya... mereka tidak hentikan matlamat utk membina cita-cita rapuh mereka, cita-cita yang tidak layak utk dikategorikan bersifat kekanak-kanakan biarpun, ada kenampakan ciri-ciri ketidakmatangan tetapi, sebenarnya bersifat lebih teruk lagi daripada kebinatangan....

Namun, pilu... kerana keganasan mereka yang sangat dasyat yg haiwan yg paling buas pun tidak dpt tandingi... masih tidak dapat mengejutkan golongan masyarakat yang asyik dibuai mimpi... berterusan melakukan dosa, melemahkan jiwa di samping menguatkan benteng pertahanan musuh, tidak menyedari bahawa musuh sedang berlari-lari, terkejar-kejar


Namun, ini suatu perkara yang tidak begitu menghairankan... kerana selagi manusia tidak jelas, yakin dan berpegang teguh dengan mengikatkan jiwa dengan hakikat matlamat hidup yang sebenar, selagi itulah sebarang isu, dari isu kemusnahan tsunami sehinggalah sedasyat-dasyat bencana sekalipun tidak dapat MENGEJUTKANNYA, BANGUN SEBAGAI INSAN HEBAT, INSAN YANG MEMPUNYAI PEGANGAN AGAMA YANG SANGAT HEBAT, ITULAH ISLAM, ANUGERAH DARI ALLAH, MAHA PENCIPTA YANG MAHA HEBAT....

MATLAMAT HIDUP ADALAH SUATU YANG SANGAT PENTING YANG JIKA TIDAK ADA IBARAT KAPAL TERUMBANG AMBING TIADA NAKHODA, DAN JIKA TIDAK BENAR, IBARAT KAPAL YANG ASYIK TERHEMPAS, LALU KARAM.... Namun, matlamat hidupla suatu perkara yang manusia pilih jalan mudah dengan membuat andaian dan tidak tekad untuk mencarinya... persoalan tuhan tidak difikirkan begitu mandalam atau semacam suatu perkara yang dielakkan... dan tidak dicari sehingga mencapai satu jawapan yang pasti dan diyakini akan kebenarannya.

Adapun, manusia yang tahu matlamat hidup kerana Allah tetapi tidak memahami erti, cara dan akibat luarbiasa apabila berpegang dengan matlamat hidup kerana Allah itu.... lantas, matlamat hidup itu bercampur-baur

Di dalam Al-Qur'an telah Allah jelaskan pelbagai golongan manusia yang wujud disebabkan oleh pelbagai matlamat hidup yang dipegang:

1.Golongan yang matlamat hidupnya ialah utnuk memuaskan hawa nafsu

3:14 Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak: hartabenda yang banyak berpikul-pikul, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah) pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga).


2. Golongan yang suka melakukan kerosakan
2:204-205 Dan di antara manusia ada manusia ada orang yang ucapannya menarik hatimu, dan dipersaksikannya kepada Allah (atas kebenaran) isi hatinya, padahal ia adalah penentang yang paling keras. Dan apabila ia berpaling (dari kamu), ia berjalan di bumi utk mengadakan kerosakan padanya dan merosak tanam-tanaman dan binatang ternak, dan Allah tidak menyukai kebinasaan

3.Golongan yang matlamat hiduonya ialah untuk mendapat kesenangan dunia dan untuk makan
47.12 Sesungguhnya Allah memasukkan org-org beriman dan mengerjakan amal salih ke dlm syurga yang mengalir di bwhnya sungai2. Dan org2 kafir itu bersenang-senang (di dunia) dan mereka makan seperti makannya binatang2. Dan neraka adalah tempat tinggal mereka.

4. Golongan yang matlamat hidupnya ialah untuk beribadah kepada Allah
22:77-78 Hai org2 yang beriman, ruku'lah kamu, sujudlah kamu, sembahlah Tuhanmu dan perbuatlah kebajikan, supaya kamu mendapat kemenangan. Dan berjihadlah kamu di jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya. Dia telah memilih kamu dan Dia sekali-kali tidak menjadikan untuk kamu dlm agama suatu kesempitan. (Ikutilah) agama org tuamu Ibrahim. Dia (Allah) telah menamai kamu sekelian org2 muslim dr dahulu dan (begitu pula) dlm (Al-Qur'an) ini, supaya Rasul itu menjadi saksi atas dirimu dan supaya kamu semua menjadi saksi atas segenap manusia, maka dirikanlah sembahyang, tunaikanlah zakatdan berpeganglah kamu pd tali Allah. Dia adalah pelindungMu, maka Dialah sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik Penolong

About me

  • Simply put, I am a Muslimah and am still trying to becoming one...Let it be that way,.. for the rest of my life as there are no other better things than to worship Allah Alone, the One and Only, the Most Gracious, Most Merciful. Aamiiin
  • From Allah we come and to Allah, we will return. Islam, a gift from Our Creator, Allah to humankind,..a Peaceful Way of Life
My profile