Tuesday, May 24, 2005 

Taubat

Firman Allah bermaksud: “Sesungguhnya taubat di sisi Allah hanyalah taubat bagi orang yang mengerjakan kejahatan lantaran kejahilan, yang kemudian mereka bertaubat dengan segera, maka mereka itulah yang diterima taubatnya dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.” (Surah al-Nisa’, ayat 17)

Razaq berkata: “Ma'mar telah khabarkan kepada kami daripada Qatadah, dia berkata: Sahabat Rasulullah SAW sepakat mengatakan bahawa setiap orang yang melakukan maksiat kepada Allah, maka bererti dia jahil, baik sengaja atau tidak.”

Imam Ahmad meriwayatkan daripada Abdullah b Amr, daripada Nabi ketika Baginda sedang berada di atas mimbar, Rasulullah bersabda bermaksud: “Berilah kasih sayang, nescaya kamu akan dikasihi dan berilah keampunan nescaya kalian akan diberikan keampunan. Celakalah bagi orang yang mendengar perkataan, tetapi tidak mengamalkan dan celaka pula bagi orang yang terus menerus berbuat dosa yang mereka kerjakan, sedangkan mereka mengetahui (larangan berbuat dosa).”

Hal ini seperti dijelaskan oleh Imam Ahmad yang meriwayatkan daripada Ibn Umar bahawa Nabi bersabda bermaksud: “Sesungguhnya Allah menerima taubat seseorang hamba selama (rohnya) belum sampai ke tenggorok.”

Dan tidaklah taubat itu diterima Allah daripada orang yang mengerjakan kejahatan (yang) hingga apabila datang ajal kepada seseorang antara mereka, (barulah) dia mengatakan: Sesungguhnya saya bertaubat sekarang.” (Surah al-Nisa’, ayat 18)

Pada hari datangnya sebahagian daripada tanda Tuhanmu itu (yang menjadi alamat hari kiamat), tidaklah berfaedah lagi iman seseorang yang tidak beriman sebelum itu, atau yang tidak berusaha mengerjakan kebaikan mengenai imannya.” (Surah al-Am’am, ayat 158)

Firman-Nya bermaksud: “Dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain daripada Allah.” (Surah Ali Imran, ayat 135)

Imam Ahmad meriwayatkan daripada Abu Said, daripada Nabi bersabda bermaksud: “Iblis berkata: Wahai Tuhan, dan demi kemuliaan-Mu, aku akan terus menggoda anak cucu Adam selama roh mereka masih berada di tubuh mereka. Allah pun menjawab: Demi kemuliaan dan keagungan-Ku, Aku tetap akan memberi ampunan kepada mereka selama mereka segera bertaubat dan memohon ampunan kepada-Ku.”

Tuesday, May 17, 2005 

Nasihat

KENAPA AKU DIUJI ?

" Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja)mengatakan: "Kami telah beriman," sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta. "-Surah Al-Ankabut ayat 2-3K

ENAPA AKU TIDAK DAPAT APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN ?
" ..... Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. "-Surah Al-Baqarah ayat 216

KENAPA UJIAN SEBERAT INI ?" Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya."-Surah Al-Baqarah ayat 286RASA KECEWA ??" Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi derajatnya, jika kamu orang-orang yang beriman. "-Surah Al-Imran ayat 139

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA ?" Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga (di perbatasan negerimu) dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beruntung. "-Surah Al-Imran ayat 200"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan shalat. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu', " -Surah Al-Baqarah ayat 45

APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI ??
" Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu'min, diri dan harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka ..... "-Surah At-Taubah ayat 111

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP ?
" ..... Cukuplah Allah bagiku; tidak ada Tuhan selain Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakkal. Dia adalah Tuhan yang memiliki 'Arsy yang agung. "-Surah At-Taubah ayat 129

AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI !!!!!!!!!!

" ..... dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir. "-Surah Yusof ayat 87


Dari http://fauzynm.nurhidayah.com/Nasihat/Nasihat343/nasihat343.html

 

Baitul M

CIRI-CIRI DALAMAN BAITUL MUSLIM

Rumah yang memberikan ketenangan dan keberkatan akan memantulkan nur iman kepada peribadi Muslim baik dari sudut luaran mahupun dalamannya.

Bilik Tidur

Sekurang2nya Baitul Muslim mengandungi 3 bilik tidur yg berasingan. Satu bilik utk ibu bapa dan 2 lagi buat anak2 lelaki dan perempuan. Etika ini disusun oleh Rasulullah s.a.w dalam sebuah hadith yg bermaksud:

“Perintahkanlah anak-anak kamu supaya menunaikan solat apabila usia mereka 7 tahun. Apabila usianya 10 thn pukullah mereka seandainya mereka engkar dan pisahkanlah tempat tidur mereka (di antara lelaki dan perempuan)”
HR Abu Dawud.

Scenario kegawatan akhlak seperti kejadian rogol, sumbang mahram atau kes-kes bersekedudukan di antara ayah dgn anak2 atau yg melibatkan adik beradik berpunca daripada pembinaan rumah yg tidak menepati piawaian yg diatur oleh Islam.

Mesra Tetamu

Baitul Muslim sangat dituntut menyediakan ruang untuk tetamu seperti yg dianjurkan oleh Rasulullah s.a.w. Dalam hadith Rasulullah s.a.w bersabda yg bermaksud:

“Barang siapa yg beriman dgn Allah maka hendaklah dia memuliakan tetamunya. Layanan diberi utk satu hari dan satu malam; layanan baik diberikan selama 3 hari; lebih daripada itu adalah sedekah; dan adalah tidak dibenarkan bg tetamu utk terus tinggal sehingga dia menjadikan dirinya sebagai beban”
Muttafaqun ‘alaihi

Sebaik2nya ada bilik khas utk tetamu yg ingin bermalam atau ruang khas bagi tujuan mempermudah aktiviti-aktiviti keluarga dan juga usaha2 utk mengangkat syiar Islam.

Mesra Ibadah

Baitul Musli, dituntut menyediakan ruang solat dan kelengkapannya buat keluarga terutama bagi kaum wanita. Ini kerana solat di rumah bagi kaum wanita lebih afdhal berbanding solat mereka di masjid.

Daripada Ummu Hamidah al-Sa’idah, suatu hari beliau bertemu dengan Rasulullah s.a.w dan berkata:
“Wahai Rasullullah sesungguhnya saya lebih suka dapat mengerjakan solat berjemaah bersama engkau. Maka Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesungguhnya aku tahu tetapi solat engkau di rumah lebih baik daripada solat berjemaah di masjid”

HR Ahmad dan Tobarani.

Hadith di atas dikuatkan oleh dengan firman Allah swt dalam al-Quran yg bermaksud:

“Di rumah2 yg diperintahkan oleh Allah supaya dimuliakan keadaannya dan disebut nama-nama Allah padanya; di situ juga dikerjakan ibadah dan memujiNya pada waktu pagi dan petang”
Q.S An-Nur: 36.

Abu al-A’la al-Maududi ketika mentafsirkan ayat di atas menjelaskan bahawa setiap Mukmin wajar memakmurkan rumah mereka dgn aktiviti2 keagamaan kerana dalam Islam setiap rumah adalah tempat ibadah seolah2 seperti masjid dan setiap mereka adalah a’bid yg bertanggungjawab utk menghidupkannya.

Menyediakan Perpustakaan Kecil

Baitul Muslim mestilah menyediakan ruang utk menempatkan bahan-bahan bacaan ala perpustakaan kecil bagi menambah ilmu pengetahuan mereka. Perpustakaan mini tersebut boleh dimuatkan dgn buku2 seperti al-Quran, atau kitab2 rujukan seperti tafsir, sirah Nabi, hadith, fiqh Islam, surat khabar, majalah-majalah dan buku-buku yg bermanfaat.

Firman Allah swt bermaksud:
“Dan ingatlah (serta amalkanlah) apa yg dibaca di rumah kamu dari ayat2 Allah (al-Quran) dan hikmah pengetahuan (hadith Rasulullah s.a.w). Sesungguhnya Allah Maha Halus tadbirnya lagi Maha Mengetahui.”
Q.S al-Ahzab: 34.

Sekurang2nya ada rak-rak bacaan yg boleh diletakkan sama ada ruang tamu atau di bilik tidur atau ruangan yg bersesuaian. Rumah yg kosong drp sebarang bentuk pengisian mudah dimasuki syaitan dan jauh daripada keberkatan Allah Ta’ala. Apatah lagi apabila diisi dgn unsur-unsur hiburan dan alat2 yg melalaikan daripada mengingati Allah.

Simbol Kesederhanaan

Sabda Rasulullah s.a.w yg bermaksud:

“Bersikaplah dgn sederhana. Amalkan agama bersesuaian dgn kekuatan fizikal kamu. Bersolat pada waktu pagi dan malam dan pada sebahagian malam. Ikuti jalan pertengahan dan kamu akan mencapai matlamat kamu”
HR Bukhari

Sebarang bentuk harta atau perhiasan dalaman yg melampau2 seperti sutera ataupun daripada emas dan perak sangat dilarang dalam Islam kerana ia lambing kepada pembaziran dan kemungkaran Allah swt.

Firman Allah yg bermaksud:
“Wahai org yg beriman, jgnlah kamu dilalaikan oleh harta kekayaanmu dan anak2mu dari mengingati Allah. Barang siapa yg melakukannya maka itulah org yg rugi”
Q.S al-Munafiqun: 9.

Bersifat Rumah Terbuka

Sabda Rasulullah yg bermaksud:
“Ya Allah ya Tuhanku, luaskanlah rumahku dan berkatilah rezekiku”
HR Bukhari

Budaya rumah terbuka berdasarkan hari2 tertentu perlu dielakkan. Hal ini kerana Baitul Muslim bersifat rumah terbuka sepanjang tahun. Rasulullah s.a.w adalah contoh terpuji yg sentiasa menggalakkan tetamunya datang ke rumah baginda. Ini kerana tetamu yg datang membawa keberkatan dan pahala dan apabila pulang mereka menggugurkan dosa-dosa penghuninya keluar rumah.

Sumber Pendapatan Halal

Baitul Muslim mestilah bersifat warak. Warak di sini maksudnya bimbangkan harta2 yg dikumpulkan atau anak2 termakan makanan dari sumber yg haram. Di sini isteri wajar memainkan peranan yg penting agar menasihati suaminya agar berhati2 selalu agar setiap kerja suaminya tidak berpunca daripada hasil yg haram.

Para isteri sahabat2 Nabi selalu berpesan sebelum suami mereka keluar utk bekerja:
“Wahai suamiku bertakwalah kepada Allah dan takutkanlah seksaan api neraka. Sesungguhnya kami tidak izinkan perut kami dan anak2 kami diisi dgn makanan yg haram walaupun sedikit dan kami rela tidak makan walaupun terpaksa berlapar!”

Petikan Majalah I, Panduan Keluarga, Mac 2004, tulisan Ibnu Ahmad al-Kurauwi, hal 46-47.

 

Bacalah...

Sabda Rasulullah bermaksud: “Sesiapa yang membaca satu huruf daripada, maka dia akan mendapat satu kebaikan, dan satu kebaikan itu nilainya sepuluh kali ganda seumpamanya. Aku tidak berkata bahawa, Alif Lam Mim itu adalah satu huruf, tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf.” (Hadis riwayat at-Tirmizi).

Seorang lelaki berjumpa dengan Ibn Mas'ud meminta nasihat untuk dijadikan ubat jiwanya yang sedang resah gelisah, fikiran kusut, tiada selera makan dan tidak boleh tidur seperti biasa.Ibn Mas'ud menyatakan bahawa untuk mengubatinya, beliau menasihati agar lelaki tadi mengunjungi tempat orang membaca al-Quran dan mendengar baik-baik orang yang membaca al-Quran. Lelaki itu juga diminta supaya menghadiri majlis ilmu yang mengingatkan hati kepada Allah, memohon ketenangan jiwa dan ketenteraman fikiran juga kemurnian hati.Lelaki itu mengamalkan apa yang dinasihatkan oleh Ibn Mas'ud. Dia pergi mengambil wuduk kemudian membaca al-Quran dengan penuh khusyuk. Selepas sempurna membaca al-Quran, jiwanya berasa begitu tenang dan tenteram, sementara kegelisahannya hilang sama sekali.

 

Ada jalannya, bukan tidak ada..

Daripada Ali, katanya: “Ingatlah! aku mendengar Rasulullah bersabda: Awaslah! Sesungguhnya akan berlaku kekacauan dan bala bencana yang besar.” Aku bertanya: “Apakah caranya untuk menyelamatkan diri daripada bencana itu, ya Rasulullah?”

Baginda menjawab: “(Caranya adalah berpegang teguh kepada ajaran) kitab Allah, ia mengandungi kisah perihal umat terdahulu daripada kamu, dan berita perkara yang akan datang sesudah kamu, serta hukum mengenai apa yang berlaku antara kamu; (kitab Allah al-Quran) dialah yang menjadi pemutus (antara yang benar dengan salah), bukan keterangan yang olok-olok; sesiapa juga dari golongan yang sombong angkuh, meninggalkannya (dengan tidak menurut hukumnya): akan dibinasakan oleh Allah, dan sesiapa yang mencari petunjuk daripada yang lainnya - akan disesatkan oleh Allah; al-Quran adalah tali Allah yang teguh kukuh, dan dialah pengajaran yang menjadi ikutan, dan dialah juga as-Siratul Mustaqim (jalan yang lurus). Dialah kitab yang dengan sebab berpegang teguh kepada ajarannya, hawa nafsu seseorang tidak akan menyeleweng atau terpesong; dan dialah kitab yang kalimah-kalimahnya tidak akan bercampur aduk atau berkesamaran dengan kata-kata makhluk; dan ulama pula tidak berasa puas daripada mengkaji isi kandungannya; (demikian juga) keindahan, kemanisan dan kelazatan membacanya tidak akan susut atau hilang, meskipun ia dibaca dengan berulang-ulang; dan kandungannya yang menakjubkan, tidak berkesudahan.Dialah kitab yang menjadikan sekumpulan jin ketika mendengarnya tidak tertahan hati menerimanya sehingga mereka memujinya dengan berkata: “Sesungguhnya kami mendengar bacaan al-Quran yang menakjubkan, yang memimpin ke jalan yang benar, lalu kami beriman kepadanya. (Demikian juga) sesiapa yang memperkatakan sesuatu dengan berdasarkan kitab itu, benarlah perkataannya; dan sesiapa yang beramal dengan ajarannya, diberikan pahala; dan sesiapa yang membuat keputusan berdasarkan hukumnya, adillah keputusannya; dan sesiapa yang berdakwah supaya orang ramai menurut ajarannya, sudah tentu dia (dan mereka) beroleh hidayah petunjuk ke jalan yang lurus.” (Hadis riwayat at-Tirmizi dan Darimi)

Sunday, May 08, 2005 

Sayang, Bukan Tak Sayang...

Hari itu, aku naik bas... aku lihat seorang hamba Allah ni, kurus, aku perasan pandangan nya terhadapku seolah mempunyai rasa hormat dan friendly.

Kemudian, tiba suatu stop ni, dia pun turun drpd bas itu. Baru aku realize sebelah kakinya tidak ada. Timbul rasa simpati. Kemudian, mataku ekori arah tujunya dari dlm bas.
Aku menyaksikan tindakannya utk masuk sebuah kelab. Lagi satu keadaan yang agak serupa berlaku. Nampak seorang yang buta cross jln raya dan masuk ke dlm pub. (Jgn2 die tak buta, wallahualam)

..... Kesian....

Alangkah bagus kalau dia tahu, alangkah bagus kalau mereka tahu...

Peristiwa tu dan pelbagai lagi contoh peristiwa yg lain sudah menjadi

sebab kuat bahawa sebenarnya banyak yg kita perlu buat.
Sebab kuat bahawa banyak yg belum kita buat.

Tetapi, semua ini, perasaan teringin membantu, etc, perasaan simpati tak kan disedari oleh orang selagi kita belum betul2 menzahirkannya dr segi perbuatan. Selagi kita belum menyampaikan risalah Allah. Selagi belum ada ekspresi....

Kebanyakan perasaan ini disimpan... keadaan yang sama juga berlaku dengan hubungan kita dengan yg lain... Bila tersimpan, manusia tidak tahu. Prasangka mudah berlaku. Hubungan muda menjadi rapuh dan keruh. Kelemahan mereka sepatutnya tidak menjadi sebab utk timbul rasa tidak suka. Tetapi, menjadi sebab kuat utk lagi membantu kerana kelemahan mereka juga menandakan kecuaian/salah kita utk tidak membantu.

Sebenarnya, kisah, bukan tak kisah
Sebenarnya, sayang, bukan tak sayang.

Selagi masih belum buktikan, selagi belum cuba mendapat kepercayaan, selagi itulah terpaksa menanggung beban menyimpan perasaan murni, anugerah Illahi dan selagi itulah tindakan membisu menimbulkan perasaan resah gelisah.

Orang yg beriman sebenarnya tidak selesa untuk duduk diam melihat penyelewengan ke atas umat. Kerana sesungguhnya,

2:143 Dan demikian (pula) Kami telah menjadikan kamu (umat Islam), umat yang adil dan pilihan agar kamu menjadi saksi atas (perbuatan manusia) dan agar Rasul (Muhammad) menjadi saksi atas (perbuatan) kamu...

Jadi, saksi di sini tu macam mana. Ok, katakanlah kan,

CASE STUDY
Arnab duduk di taman sedang membaca buku cerita. Sekali, ternampak botol air Carrot dicuri oleh si Tikus. Arnab jadi saksi kepada situation tuh. Arnab nampak. So, Arnab pun bgtau Carrot yg Tikus curi. Kejar Tikus and bagitau tu salah. Dia kena pulangkan. Adakah Arnab nak buat tak kisah jer? Tak. Sbb Arnab dah nampak and die rase tu tanggungjawab dia. Lagi2 Arnab dan Carrot semacam ada suatu hubungan yg kuat kan. Hihi, confirm, Arnab sayang Carrot. Aduh, aku pun suke carrot.

Adakah Arnab akan rasa selesa kawan dengan Tikus dan kawan dengan Carrot kalau Arnab tak buat pape. Tak. Sebab Arnab sure rasa teruk.

Jadi, kalau Arnab tak buat apa2, apa maksudnya? Antara sebab2 yg possible:

A. Rasa takpe Tikus curi. Biarla dia.
B.Tidak mempunyai hubungan yang baik dengan Carrot dan Tikus
C.Tidak rasa dia menjadi saksi.

A.
Di sini, boleh jadi Arnab tidak mampu membezakan yg benar dan yang salah. Kalau dia rasa itu salah pun, takpe, hak asasi. Tapi, bukankah hak asasi Carrot diceroboh juga. Di sini, Arnab mungkin memiliki hati yang mati.

B.
Arnab langsung takde rasa belas kasihan terhadap dua2 makhluk Allah tuh. Arnab sibuk dengan hidupnya sendiri. Baca buku. Tapi, Arnab tak sedar akhirnya tindakan diam nya itu akan binasakan dia juga akhirnya. Takde carrot nak dimakan. Carrot x dpt minum air. Asyik botol minuman dicuri oleh Tikus jer. Dan bukan Arnab jer yg x dpt makan. Org lain pun. Saya pun. HIHih. Ceh... tapi, tula kan, mangsa keadaan.

C. Sangat bermasalah kalau Arnab tidak realize yg dia adalah saksi. Arnab nampak tapi dia tak bertindak mcm dia nampak. Itulah yang kita ada mata tapi buta, ada penglihatan tapi buta. Sebenarnya, if an Arnab is willing to become a witness for a case, is willing to help, case is solved instead of case is closed. Bila Arnab sanggup jadi saksi, realize dia ada tanggungjawab utk jadi saksi, bermakna Arnab dah tahu bezakan yang benar dan yang salah, dan tanda setuju memegang tanggungjawab tu juga didorong oleh rasa simpati, rasa keterikatan yang kuat dengan Carrot dan Tikus.

Dan yang paling penting dan kuat skali ialah kerana realize yang dia adalah hamba Allah. Kerana bila dia jadi hamba Allah, barula terterbit rase menjadi saksi yang didorong oleh suruhan Allah SWT. Paling penting skali ialah establish hubungan dengan Allah yang automatically establish hubungan yang murni dengan makhluk Allah yang lain. HUbungan yang mcm itu yang diredhai Allah, kan.

Tapi, tula ni Arnab kan. Tugas saksi ni kat manusia. (Anggapla Arnab ni manusia) :)

Jadi, samalah juga dengan umat Islam. Umat Islam ialah umat yg adil, umat yang menyaksikan. Tidak boleh duduk diam melihat kemungkaran. Perlu membawa manusia untuk beriman kepada Allah dan menjahi Taghut. Perlu membawa orang kepada kebenaran dan menjauhkan orang dari kemungkaran. Perlu amar makruf nahi mungkar. Umat yang tidak menyebelahi mana2 pihak. Umat tengah yang hanya menyebelahi kebenaran. Umat yang menyaksikan perjalanan hidup manusia, sejarah, keadaan dan berfikir bagaimana untuk bertindak. Tindakan umat itu seterusnya disaksikan oleh Nabi Muhammad selaku Rasul yang telah membuat amar makruf nahi mungkar.

Perlu ada saksi kerana ada perbicaraan. Perlu ada perbicaraan utk tegakkan yg hak dan runtuhkan yg batil. Sesungguhnya, Allah melakukan perbicaraan yang seadil-adilnya. Dan di situla, segala macam perkara akan disuarakan.

Dan, bukanla perkara yang sukar diterima atau tidak logik jika....

Selagi belum amar makruf nahi mungkar, selagi belum laksanakan syahadatul hak, selagi itu tindakan itu bakal dijadikan hujah oleh yang belum menerima.....

4:165Rasul-Rasul (yang Kami telah utuskan itu semuanya) pembawa khabar gembira (kepada orang-orang yang beriman) dan pembawa amaran (kepada orang-orang yang kafir dan yang berbuat maksiat), supaya tidak ada bagi manusia sesuatu hujah (atau sebarang alasan untuk berdalih pada hari kiamat kelak) terhadap Allah sesudah mengutuskan Rasul-rasul itu. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

Akhir skali, biarpun, ianya mungkin macam berat tapi berat tak bermakna buruk kan....

Mana best? 1 kg watermelon ke 3 kg watermelon. :)

Sayang, bukan tak sayang...






About me

  • Simply put, I am a Muslimah and am still trying to becoming one...Let it be that way,.. for the rest of my life as there are no other better things than to worship Allah Alone, the One and Only, the Most Gracious, Most Merciful. Aamiiin
  • From Allah we come and to Allah, we will return. Islam, a gift from Our Creator, Allah to humankind,..a Peaceful Way of Life
My profile