« Home | Matlamat Hidup » | Pesanan buat umat Islam Malaysia » | Unite O Muslims! .... or else .... » | Dari cermin diri - Imbasan journey » | Material.. » | Islam is rising, and will rise... Truth prevails..... » | Penegak kebenaran » | Where are we? » | Iman... Yakin » | Kombinasi ... » 

Tuesday, November 28, 2006 

Tiada kebetulan

Semalam,

Pelbagai yang ana temui...

Seorang insan meluahkan sejarah silam hidupnya, perit jerih hidupnya melalui kehidupan susah. Ibu dan bapa, keduanya peneroka namun ibu bapa mereka masih tekad utk menjaga anak-anak yatim walaupun tidak memiliki harta wang yang begitu banyak.

Salah seorang anak yatim itu mempunyai 'Down Syndrome'.

Ana hargai, luahan kakak itu pada ana biarpun tak banyak yang ana boleh lakukan. Sejarah tetap sejarah. Apa sahaja yang sudah berlaku itula sejarah. Malah, masa yang telah berlalu itula suatu perkara yang mustahil utk dikembalikan lagi.

Hakikatnya, bila kata-kata 'masa telah berlalu' itu diluahkan, ianya bukan sekadar memberi maksud jarum jam yang bertukar posisi dari kedudukan asalnya tetapi, ia juga membawa pengertian yang lebih dalam dari itu.

Ia bermaksud, segala titik peluh, tenaga, keringat, nafas naik dan turun, harta, jiwa, yang telah digunakan yang mengisi masa yang telah berlalu itu.

Benarlah kata-kata Imam Hassan al-Banna, "Masa itu tiada lain melainkan KEHIDUPAN"

Takdir ana bersama kakak itu semacam merupakan hadiah istimewa daripada Allah. Ianya seperti satu inspirasi... satu kekaguman.

Ana harus 'bersyukur'. Kakak itu merupakan satu contoh bagaimana sentuhan ajaib hidayah Allah itu boleh menghindarkan kakak itu daripada terpesong ke dalam gejala yang tidak elok biarpun berhadapan dengan dugaan hidup begitu. Sesungguhnya, keberantungan seseorang itu kepada Allah la yang menyebabkan dia boleh mengawal perasaannya, hidupnya.

Sekali lagi, ana harus bersyukur...

Sebelum itu, ana berjumpa dengan seorang lagi kakak.

Menanya, "Awak ni al-Arqam ke?"

Terperanjat... ana mendengar.

Khuatir adakah perbuatan ana tidak cukup menampakkan cara hidup Islam yang ana sedang cuba memahami dan ana sayang yang ana ingin orang lain boleh merasakannya.

Pengalaman itu membuatkan ana rasa sedih. Boleh jadi perbuatan ana menabur fitnah terhadap fikrah Islam yang suci yang ana agungkan selama ini, cuma tidak digambarkan dengan sejelasnya melalui perbuatan ana. Ngeri bila difikirkan

Ana kemudian menyelidik, "Apakah yang menyebabkan kakak itu berkata sedemikian?"

Ana tanya kakak itu....

Kemudian, ana faham mengapa kakak itu berkata sedemikian...

Terdapat, beberapa salah faham daripada perbuatan ana yang diterjemahkan dalam bentuk yang pelik...

Tetapi, ana faham ada perkara yang memang ana akui menyebabkan dia berfikiran sedemikian.. tetapi, ada perkara yang ana rasa kesimpulan yang dibuat adalah berdasarkan hujah yang longgar. Ini berkait rapat dengan isu politik...

Jika dirasakan usaha utk meletakkan sistem Islam itu pada tempatnya adalah politik, maka itulah politik ana. Tetapi cara ana menonjolkan politik ana itu lebih jelas kelihatan pada bahagian memberi kesedaran dan pemahaman kepada masyarakat terhadap keindahan Islam itu sendiri serta tujuan manusia itu diciptakan serta peri-pentingnya utk mengenali keburukan sistem jahiliah dan menghindarinya...

Cuma, masyarakat sudah pun tahu byk tentang keburukan pemerintah dari dulu sehinggalah sekarang.

Persoalannya sekarang, adakah pengetahuan masyarakat ttg keburukan pemerintah itu mampu membuahkan amal?

Khuatir jika pengetahuan masyarakat tentang keburukan umat islam yang tidak cukup mengamalkan islam menyebabkan makin kurang izzahnya terhadap islam dan melunturkan keimanannya terhadap Allah... apatah lagi pemimpin muslim yang tidak memegang amanahnya... Tetapi, ada baiknya utk mengkaji apa yang menyebabkn sukar utk temui role model muslim seperti zaman sahabat dahulu... Jadi, tahu realiti masyarakat sahaja tidak cukup tetapi perlu tahu apa yang menyebabkannya dan cara penyelesaiannya... Penyelesaian itulah memerlukan umat manusia utk bersatu-padu kembali tunduk kepada Allah dan menjalani kehidupan sebagai khalifah berpandukan Al-Qur'an dan As-Sunnah...

Kita tidak nafikan bahawa rata-rata, umat manusia dari pelbgai bangsa serta seglongan umat Muslim terpengaruh dgn budaya Barat sekarang.. dan banyak2 nilai kemanusiaan yang makin pupus dan dimamah sehinggakan identiti yang ada adalah identiti mengikut dan palsu...

Kita merasakan bahawa golongan yang terpengaruh ini adalah mangsa keadaan.

Sesungguhnya Rasulullah pernah bersabda. Lebih kurang mcm ini, "Semua manusia dilahirkan Islam, tetapi yang mengyahudikan dan menasranikan atau memajusikannya adalah ibu bapanya"

Jelas, environment sgt mempengaruhi proses pembentukan seorang individu.



Wallahu a'lam.

Pada sebelah petangnya, ana bertemu dengan lagi seorang. Yang ini memang ana patut terima. Malah teguran yang diberi ana perlu terima bulat-bulat.

Pedih tetapi, itulah suatu perkara yang ana patut berubah. Sesungguhnya perubahan seseorang itu kepada perkara kebaikan banyak berkait rapat dengan kekuatan antara hubungan seseorang itu dengan Allah. Kerana kekuatan iman seseorang itu dengan Allah boleh menghasilkan satu daya tolakan yang amat luar biasa.

Zatiah...

Ana perlu berubah....

Fokus...

Ya Allah, berikanlah ku kekuatan...

Apa lagi yang lebih meresahkan jiwa daripada melakukan perbuatan yang menzalimi, perbuatan yang tidak islam...

About me

  • Simply put, I am a Muslimah and am still trying to becoming one...Let it be that way,.. for the rest of my life as there are no other better things than to worship Allah Alone, the One and Only, the Most Gracious, Most Merciful. Aamiiin
  • From Allah we come and to Allah, we will return. Islam, a gift from Our Creator, Allah to humankind,..a Peaceful Way of Life
My profile