Sunday, March 27, 2005 

Insan Pilihan

Tersebutlah kisah tentang Insan Pilihan.

Seorang insan yang digelar Insan.

Insan baru berjinak dengan kerjanya. Insan cuba untuk aktif dengan kerjanya. Ke mana disuruh, insan cuba lakukan. Seperti insan-insan lain, Insan pernah melalui detik-detik keperitan. Tetapi, setelah Insan diberi petunjuk dan sejak Insan berjinak dengan kerjanya dan mengenali Tuannya, Insan lebih tenang drpd dulu. Dulu, ....

Dulu lain. Sekarang lain.
Kini, Insan berubah. Orang lain juga rasa begitu.
Usah dipedulikan.
Sebab itu orang lain. Ini tentang Insan.

Alhamdulillah, Insan ini terasa mudah utk berkerja. Senang...

Di waktu kerja, Insan berbual dengan seorang insan lain. Insan ini membuat kerja yang sama.

Berbual-bual, sekali, insan ini beritahu Insan suatu perkara. Ayat yang sangat mudah bunyinya tetapi kuat maksudnya.

insan itu beritahu Insan, "Insan ini dipilih"

... Perkataan... pilih itu semacam menyentuh jiwa Insan.

Memang, Insan sudah sedar bahawa seperti insan-insan lain, Insan diciptakan utk beribadah kepada Allah... utk menjadi khalifah Allah.

Tetapi, Insan tidak mengambil berat akan perkataan, "Pilih". Sedangkan, di sebalik erti perkataan 'Pilih', seolah tersirat erti Istimewa.

Insan terfikir...

Apa maksud di sebalik Insan rasa mudah buat kerja dan Tiada halangan....

Adakah Insan insan pilihan?

Kalau betulla Insan dipilih, so?

Kalau betullah Insan ini insan pilihan, apa Insan nak buat?

Takkan Insan nak duduk diam tanpa buat apa-apa padahal Insan ini insan pilihan...

Kemudian, Insan sudah mula rasa tanggungjawab yang terpikul di atas bahu seorang insan pilihan.

Insan yang sebenarnya akui dengan kelemahannya, tidak mempunyai cara lain tetapi perlu menerimanya, malah menghargainya dan menggunakannya...

Jadi, Insan mula rasa, Kalau dibukakan peluang utk kerja, buat sahaja. Bukan mudah nak ada peluang ini. Kalau tidak, mungkin bila-bila sahaja Tuan Insan boleh menarik nikmat ini. Tentu ada sebab kenapa Insan insan pilihan. Alangkah ruginya kalau Insan siakan peluang yg ada. Alangkah teruknya Insan rasa kalau tidak gunakan peluang itu di jln Allah bila Allah sudah menghulurkan bantuan, memberikan kepercayaan.... Menerima kepercayaan drpd ALLAH, Pencipta sekelian alam..... Ya Allah, Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. Macam mustahil tetapi tidak!

Nak kata insan gembira dengan kemungkinan Insan insan pilihan, tak juga.

Nak kata tak bersyukur, pun tak juga. Cuma Insan ada rasa takut juga, ...

Takut-takut jika Insan berpaling dari jalanNya.

Jika Insan tidak manfaatkan setinggi-tingginya peluang yang Allah bukakan dan kurniakan. Insan rasa rugi kerana Insan rasa Insan seorang insan pilihan.

Dan Allah sgt murka kepada sesiapa yang berpaling. Insan takut jika terpaling.... kerana Tuan Insan beritahu Insan,

18:57 Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang telah diperingatkan dengan ayat-ayat dari Tuhannya lalu dia berpaling daripadanya dan melupakan apa yang telah dikerjakan oleh kedua-dua tangannya? Sesungguhnya Kami telah meletakkan tutupan di atas hati mereka, (sehingga mereka tidak) memahaminya dan (Kami letakkan pula) sumbatan di telinga mereka; dan meskipun kamu menyeru mereka kepada petunjuk-petunjuk, nescaya mereka tidak akan mendapat petunjuk selama-lamanya.

Sebenarnya, bukan Insan seorang sahaja yg menjadi insan pilihan. Malah sebenarnya insan-insan lain juga adalah insan pilihan.

Tambahan, Allah juga telah berfirman,

2:29-Dan Dialah yang menjadikan segala yg ada di bumi, untukmu.

Jadi, tentu ada sebab mengapa
Allah hulurkan bantuan ini kepada
insan yang bergelar insan....

 

Apa Aku Buat Di Sini?

Suasananya indah. Cuacanya indah.
Namun, di hati, terasa tidak.
Pernahkah terasa sesuatu yg tidak kena?
Pelik, kerana aku sendiri tidak jelas mengapa langkah itu yg ku ambil
Tiba terfikir, “Apa aku buat di sini?”
Namun, ku cuba yakinkan bhw pasti ada hikmahnya
Tidak guna toleh belakang.
Yg depan bakal dilalui,
Yg lalu sudah pergi,
Tapi, kekaburan dijadikan aset
Utk menghadapi yg depan.
Moga yg depan menjawab tanda tanya
Apa aku buat di sini?

Jika setiap ayunan langkah,
Ditemani dgn bayangan la ila ha illallah
Yg bakal ke belakang tidak bisa mencuri
Tenagaku yg terhad utk toleh ke belakang lagi….

Kemudian, mula aku nampak jawapan
Bagi soalan, Apa aku buat di sini?
Seolah aku di kawasan redup di waktu yg cerah, kemudian
Disinari cahaya…
Begitula aku rasa…
Namun, jawapan itu bkn penghujung jln.
Tapi, permulaan…
Kepada rentetan kisah dr. tanda tanya itu
Apa aku buat di sini?...

InsyaAllah.

Sunday, March 13, 2005 

Di mana salahnya?

Tiap masa, tiap tika, tiap tempat.... kita tidak dapat menafikan bahawa ada sahaja masalah yang berlaku. Memang kita tidak dapat nafikan bahawa setiap orang antara kita padti akan hadapi masalah. Bermula dari masalah diri, masalah keluarga, masalah masyarakat, masalah negara dan seterusnya.

Masalah ini boleh berlaku dalam pelbagai bentuk yg boleh memberikan tekanan jika tidak tahu apa cara mengatasinya. Dan kita tidak akan tahu cara mengatasinya jika kita tidak tahu apa puncanya....

Dari masalah diri, mungkin, seseorang itu akan mengalami masalah untuk menyesuaikan diri dengan keadaan, masyarakat yang kemudiannya bolehj memberikan tekanan kepadanya. Dari situ, seseorang akan mula memikirkan masalahnya. Boleh jadi mendapat kebuntuan dan keliru atau boleh jadi mendapat ketenangan dan kejelasan. Di sini, seseorang itu boleh membuat keputusan utnutk berubah atau pun tidak.

JIka seseorang itu berubah kepada tidak baik, salah siapa? Tetapi, Jika seseorang itu sebaliknyaberubah menjadi baik, bagaimana?

Dari masalah keluarga pula, sesebuah keluarga itu boleh jadi menghadapi masalah kewangan. Dan boleh jadi juga berlaku salah faham dan perpecahan di dlm sesebuah keluarga. Boleh jadi juga berlaku perceraian. Boleh jadi juga ibu bapa terpaksa berhadapan dengan anaknya yang terlibat dengan masalah buli-membuli atau menyebabkan anak orang mempunyai badan dua....

Teringat pula saya masa saya kecik dulu, sewaktu tgk drama Melayu. Dialog yg agak glamor....

Si ayah menyalahkan isterinya, "Tula u ni, manjakan sangat budak tuh"

Lebih krg mcm nila kot....

Jadi salah siapa si anak jadi begitu?

Tetapi, jika anaknya baik atau sesiapa ahli keluarga baik, jarang skali kita take note ttg berita baik ini, jrg skali kita mengkajinya, jrg skali kita question, "Bagaimana?"

Dari masalah masyarakat pula, kita terpaksa berhadapan dengan realiti bahawa dunia tidak selamat hari ini. Kes pecah masuk rumah, kes bunuh yg bersangkut paut dengan along, kes rogol yang amat dasyat, bagaikan binatang buas memburu mangsanya, kes curi, kes apa lagi, banyak sebenarnya... kes ragut... benda2 ni semua kalau kita nak listkan mmg tak sudah...
Sedih skali kerana peningkatan kes ini hanya menyebabkan kita hilang kepercayaan terhadap satu sama lain atau kurang percaya, dan kita terlalu berhati-hati sehinggakan masyarakat yang wujud adalah suatu masyarakat yang memikirkan ttg diri sendiri, masyarakat yang hilang rasa sayang...

Jadi, bila berlaku mcm ni, "Salah siapa?"

Akan timbul soalan begini di benak kepala manusia.

Dan tidak mustahil kita akan dapati suatu keadaan di mana, manusia hanya tahu salah menyalahkan satu sama lain sedangkan masalah utama yang menjadi kepala sebenar-benarnya masalah itu tidak dititikberatkan.

Dan baru hari ini, saya discover bahawa ada kajian mengatakan cuaca panas yang sebenarnya benda bukan hidup boleh menyebabkan manusia yang sebenarnya benda hidup utk terdorong melakukan perlakuan agresif.

Refer,

"Percayakah anda cuaca panas yang berlaku sekarang bukan sahaja boleh mempengaruhi alam sekitar, tetapi juga kepada perbuatan jenayah dan melonjakkan perlakuan seksual manusia.
Kajian teori `kepanasan dan keagresifan' membuktikan cuaca panas turut mempengaruhi perubahan watak dan sikap individu menjadi kasar, sukar mengawal kemarahan, tidak sabar, bertindak melulu - malah mendorong perlakuan agresif" (Utusan online, 12 MAC).


Tapi, bagaimana benda bkn hidup mempunyai kuasa untuk mempengaruhi perangai benda hidup spt manusia????

Bukankah, ada air-condition, kipas, air sejuk.... ?

Saya tak tahula kajian yang macam mana dilakukan. Tetapi, saya boleh katakan bahawa kalau kita buat kajian statistik yang menggunakan "Regression Modelling",.. biarkan pun ada positive linear relationship between two variables, say "Suhu vs Jumlah kes pada waktu tertentu", ianya masih tidak memberi reason yang kuat utk membuat kesimpulan bhw Kenaikan suhu menyebabkan kenaikan kes jenayah.

Mengapa kita perlu salahkan cuaca panas yang sebenarnya anugerah Allah kepada kita? Bukankah cuaca panas jugalah yang merupakan punca tenaga solar? Bukankah ia boleh jadi juga ujian Allah utk kita, utk kita menjadi hambaNya yang tabah, kuat, sabar, yakin dan akur dengan kekuasaanNya. Bukankah ia mendidik kita menjadi khalifah dan pemimpin?

Tetapi, pabila nafsu menguasai akal, maka akal akan jadi pengikut dan nafsu akan menjadi pemimpin. Di sinilah, manusia mula mengemukakan pelbagai alasan utk membuat kejahatan.

Kalau utk org perempaun Muslim, mungkin kita akan menemui org yang kata, "Mcm mana awak boleh pakai mcm tuh. Cuaca kan panas"

Tetapi, bknkah Allah yang menciptakan kepanasan? Maka, jika dia boleh menciptakan kepanasan, bknkah dia boleh juga hilangkan kepanasan dan berikan kesejukan?

Jadi, "Salah siapa?"

Mungkin instead of sibuk fikir salah siapa, lebih baik kita bykkan fikir masalahnya di mana? Supaya dengan kita ketahui masalah, dari situla kita dpt cari ubatnya dan sama2 lah kita bantu utk mengatasi masalah itu. Mencapai hubungan yang diredhai Allah SWT.

Saya akhiri, "....Katakanlah:"Sesungguhnya Allah menyesatkan siapa yang Dia kehendaki dan menunjuki orang-orang yang bertaubat kepadaNya" . (Iaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allahlah hati menjadi tenteram." (13:27-28)


Friday, March 04, 2005 

Lama menyepi

Terkadang, pabila sibuk mengurus sesuatu... memang terasa jauh.... Lagi-lagi bila tiba di tempat yang begitu asing...

Tetapi, beginilah hidup... sesudah kesukaran ada kesenangan....Sesudah kesukaran ada kesenangan.... Sesudah kesukaran ada kesenangan. Lebih kurang 3 minggu saya di sini sudah, namun, terasa lama sungguh. Moga yg dirasa lama itu membawa makna usia yg diberkati. Tapi, ntahla....

Kerana kesibukan yang ada byk juga kesibukan duniawi. Mencari itu, mencari ini... membuat itu, membuat ini....

Ya Allah, moga diberi taufik untuk berada di jalan yg lurus.

Saidina Umar pernah berkata, lebih krng mcm nila bunyi, "Aku tidak risau jika Allah tidak memakbulkan doaku, tetapi aku lebih risau jika Dia tidak memberi aku taufik untuk berdoa".

Tahu bahawa usaha perlu diteruskan. Namun, pabila lidah terasa kurang membicarakan yg manis, rasa ......

Namun, sedar juga bahawa usaha juga perlu dilakukan secara berhati-hati, sabar... kesilapan yg dahulu tidak ingin ku ulangi. Moga terburu-buru bukan caranya. Diharap yang dirasai inila yg betul . Moga ku tidak termakan oleh janji bisikan syaitan yang mendustakan: Yang benar dirasakan salah dan yang salah dirasakan betul.

Memang Allah mengilhamkan kepada jiwa jalan yang salah dan jalan yang benar. Sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa dan rugila kepada yang sebaliknya...

Telah Allah kurniakan manusia dua pilihan dan telah Allah menjanjikan, telah Allah memberi pengakuan , "Sesungguhnya kewajipan Kamilah memberi petunjuk" (Al-Lail:12) Dan sesungguhnya janji Allah itu benar.

Memang kalau nak ikutkan, byk sungguh petunjuk yang Allah telah kurniakan. Tapi, pabila manusia yang sebenarnya lemah, tidak berdaya, akal yang terhad, pengetahuan yang terhad masih diberikan penghormatan, masih diberikan peluang untuk meraisai rahmahNya, cahaya petunjukNya, nikmatNya.... masih berdegil untuk memilih yang batil, menurut syaitan dan tinggalkan yang haq sedangkan petunjuk sudah ada, ..... wajarlah, mengapa ini boleh membuat Allah murka.

Allah Maha Mengetahui bahawa manusia seringkali diduga oleh
bisikan-bisikan kejahatan yang boleh dtg dr mcm2 sudut. Bahkan, Allah telahpun memberi tangguh kepada Iblis untuk menyesatkan kaum Adam yang Allah tahu hikmahnya. Dan sesungguhnya iblis, syaitan itu semuanya makhluk Allah jua. Mereka sebenarnya tidak berkuasa. Kerana, nama Allah itu saja boleh melemahkan mereka. Inilah senjata yang Allah sediakan untuk manusia bagi menghadapi golongan penyesat ini yang boleh terdiri drpd jin, manusia, atau yang seangkatan dengannya. Allah Maha Pengasih Maha Penyayang...

Oleh itu, hanya kepadaMu ku patut berlindung, hanya kepadaMu ku patut berlindung, hanya kepadaMu ku patut yakini....

Moga ku tidak berpaling dr jalan yang lurus setelah diberi petunjuk kerana ini hanya akan menambahkan kemurkaanNya...

About me

  • Simply put, I am a Muslimah and am still trying to becoming one...Let it be that way,.. for the rest of my life as there are no other better things than to worship Allah Alone, the One and Only, the Most Gracious, Most Merciful. Aamiiin
  • From Allah we come and to Allah, we will return. Islam, a gift from Our Creator, Allah to humankind,..a Peaceful Way of Life
My profile