Sunday, January 23, 2005 

Mengapa ditentang?

Alhamdulillah....

Dengan rahmat Allah, saya masih mempunyai tenaga yang mencukupi, jari-jemari untuk menulis di blog ini.

Sememangnya, kalau ingin disenaraikan nikmat-nikmat yang Allah kurniakan kepada kita, memang tidak termampu. Yerla, sedangkan memori kita pun ada takat kemampuannya. Ada perkara yang kita lupa dan ada yang kita masih ingat. Jika ilmu duniawi pun, masih sukar utk kita ingati, apatah lagi ilmu Allah yang tak terkira banyaknya, tak tertahu, dan tak terjumpa kesemuanya.

Namun, Alhamdulillah, kita masih diberi kesempatan untuk merasai dan menyedari nikmat iman, nikmat Islam. Kadang-kadang kalau kita hanya mampu fikir nikmat anggota, mknan pun, tak cukup kuat kesannya jika dibandingkan dengan apabila kita dapat memikirkan nikmat iman.

Dengan imanla, baru kita boleh menjalankan program cara hidup milik Illahi yang agung itu dengan penuh yakin... program yang dimaksudkan ini ialah Islam. Oleh itu, tidak syak lagi bahawa Islam adalah agama yang lengkap dan melengkapi, sempurna dan menyempurnakan. Sistem mana lagi yang dapat melawan sistem Pencipta kita yang Maha Mengetahui segala-galanya. Sedangkan manusia sendiri tidak lari daripada buat kesilapan, apatah lagi sistem ciptaan manusia itu sendiri. Pasti ada cacat celanya

Islam itu sendiri indah dan sesiapa yang merasainya akan terasa kenikmatannya. Namun, sayang kerana ada segelintir golongan yang buta untuk lihat hakikat ini. Akibatnya mereka payah untuk menerima Islam.

Jadi amat penting untuk kita tahu sebab kepada keadaan ini. Kerana dengan keadaan zaman sekarang ini yang penuh dengan kepentingan, desakan dan tekanan, pelbagai alasan yang boleh diberikan oleh manusia, terutamanya golongan orientalis, etc., alasan2 yang mampu melemahkan usaha kita untuk menyampaikan Islam, menggugat pendirian kita dan mampu mencemarkan jalan yang bersih ini....

Memandangkan manusia dahulu dan manusia sekarang tetap manusia, apa kata kita lihat kepada faktor-faktor yang menyebabkan masyarakat Mekah di zaman Jahiliyah, khususnya golongan pembesar, payah untuk menerima Islam. Bukanlah hajat untuk jadi judgemental dan menyamakan btul-betul manusia zaman sekarang dengan dahulu. Cuma, sebab kepada penolakan itu seakan sama biarpun bentuknya berbeza.

Jadi, di bawah ini adalah sebab2 penentangan:

1.Akidah tauhid. Bangsa Arab yang sentiasa bergelumang dengan syirik dan khurafat dlm pelbagai bentuk, seperti menyembah patung berhala, nenek-moyang, etc menyebabkan mereka berat untuk meninggalkannya dan menyembah Allah sahaja. (Al-Maidah:104)

Contoh zaman sekarang:Tilik nasib guna kertas, bintang kelahiran, jampi yang menggunakan syaitan, etc,

2.Politik. Implikasi pengakuan bertuhankan Allah SWT menarik kuasa duniawi, kuasa ciptaan yang dipegang oleh para penguasa, ketua-ketua suku, etc. Kuasa bangsa Arab tergugat dan dicabar dan boleh terjejas. JAdi, pengaruh Islam mesti disekat. Malah, semangat mementingkan kesukuan (Asabiyyah) dan dengki juga menyebabkan munculnya nabi-nabi palsu.

3.Sosial. Islam perlu ditentang krn mengajar prinsip persamaan. Dalam Islam, tinggi rendah darjat diukur melalui takwa kepada Allah SWT (al-Hujurat:13, Ali Imran:76) dan amal salih (al-Bayyinah:7). Jadi, ini bercanggah dgn sistem sosial yg berasaskan konsep kelas dgn hak dan kewajipan berbeza. Status tertinggi ialah milik golongan bangsawan dan terendah, hamba abdi. Jadi, mereka merasakan kejinya agama yang menyamakan kedudukan mereka dgn kedudukan hamba. Pernah Jabalah ibnul-Aiham raja terakhir k'jaan Ghassan baru peluk Islam. Masa buat tawaf, ada org terpijak jubah die. So, Jabalah marah dan pukul sehingga hidung berdarah. Bila terima aduan, Khalifah Umar al-Khattab putuskan agar Jabalah dipukul balas. Jabalah x puas hati terhadap jln penyelesaian, dia pun, murtad. Ini jelas menunjukkan hakikat bhw pengaruh kebangsawanan itu begitu tebal sehingga mereka sukar terima Islam.

Contoh sekarang:Ada... erm, cuba fikir, byk start daripada D---, mcm2la. Macam sistem Eropah lak, ada Dukela, papejela, Count...

4.Ekonomi. Kaum pemodal menganggap moral itu benar bila dpt melipatgandakan hartanya, buka jln untuk hawa nafsunya tetapi x benar bila menguranginya, halang jln utk hawa nafsunya. Jadi, Islam ditentang kerana unsur riba dilarang. Selain itu, jika ramai hamba abdi masuk Islam, hilanglah tenaga pekerja yang membantu perdagangan mereka dr, segi perniagaan, perdagangan.

Contoh sekarang:Riba... merata-rata, Syarikat Rokok milik Yahudi, kilang Arak, pusat perjudian Genting Highlands, Industri Pelancongan, Persatuan Kebudayaan,...Malah, Malaysia mmg dikenali dgn cheap labour nye... :(

5.Moral. Adanya hari pembalasan itu menakutkan mereka kerana mereka sudah lama bergelumang dengan hawa nafsu. Juga melibatkan perasaan Asabiyyah. Mereka terlalu cintakan tradisi nenek moyang, perasaan perkauman sehinggakan berat untuk meninggalkannya. Mereka rasa berat.

Contoh sekarang:... Bersanding, Konsert artis, tayangan cerita yang mempunyai unsur-unsur tidak elok, Disko...

6.Takut dijajah oleh kuasa besar. Ajaran Islam dilihat membawa kpd perpecahan masyarakat dan keluarga. Dikhuatiri akan memberi kesempatan kpd kedatangan penjajah.

Sumber : Sejarah dan Tamadun Islam, Dr. Abdul Rahman Haji Abdullah
Tapi, saya ada edit skit. Pendekkan ayat. :).. Ringkaskan, hihi

Sebelum saya pergi, 'takut kepada manusia membuatkan kita jadi pengecut tetapi takut kepada Allah menjadikan kita hero'...

Wednesday, January 12, 2005 

Kenapa kita Belajar?

Belajar...

Sejak kecil hinggalah besar, kita tidak pernah lari daripada belajar.

Biarpun habis belajar di menara gading, kita masih belajar. Belajar bukan sahaja terhad di dalam kelas tetapi juga di luar kelas. Kita belajar bukan sahaja melalui buku tetapi juga melalui guru, kawan, keluarga, kesilapan ... pengalaman. Sesungguhnya Allah mengajar kita melalui perantaraan di mana, guru-guru, pensyarah, gerak-geri mereka, kata-kata mereka, ditentukan Allah SWT, dari Allah juga, digerakkan dengan kuasa Allah jua.

Namun, tatkala kita dilalaikan dengan keseronokan duniawi dan tatkala hidup kita sering dipenuhi dengan tuntutan ilmu duniawi, tidak mustahil akan tiba suatu ketika di mana kita merasakan bosan untuk belajar. Kegagalan dan kepayahan belajar juga boleh menyebabkan kita rasa putus asa untuk belajar.

Di waktu timbulnya perasaan ini, di waktu itulah kita sudah tewas dengan bisikan syaitan di mana di waktu itulah, kita sudah lupa akan tujuan sebenarnya kita harus belajar... Dan apabila, ini terjadi, akan tiba suatu masa di mana kita akan mencari-cari tujuan kita belajar, menamatkan kebuntuan yang wujud, dan di situlah, pelbagai idea mengisi ruang pemikiran manusia. Di situla, pemikiran manusia diisi dengan matlamat seperti, ingin buktikan kebolehan diri, ingin bersaing, menghendaki penghormatan, ingin membalas jasa, ingin mengelak kegagalan, ingin mendapat biasiswa, kerja yang bagus, etc. .... Biarpun, ada kebaikan pada sebahagian daripada matlamat-matlamat itu, namun matlamat-matlamat itu masih kabur, tidak berpandangan jauh, tidak boleh mensucikan manusia, tidak boleh menjamin kebahagiaan manusia....

Kerana sesungguhnya tidak ada satupun matlamat yang dapat menandingi matlamat yang satu ini iaitu KERANA ALLAH SWT. Di sebalik niat inilah, terkandung tanggungjawab-tanggungjawab mulia yang meluas yang terpikul di bahu manusia yang menyebabkan perjalanan dan perjuangan hidup manusia tidak akan henti di satu titik tetapi akan berterusan selagi mana hayatnya masih ada. Kita beribadah untuk beribadah kepada Allah. Dalam perkataan lain, kita buat sesuatu yang diredhai Allah supaya kita dapat melakukan tugas lain yang diredhai Allah.

Hidup kerana Allah ini sangatlah bersesuaian dengan fitrah manusia dan ini adalah kerana sudah memang menjadi sebab kita mula-mula diciptakan. Firman Allah swt.

"Tidak aku jadikan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembahKu"51:56

Malah, makna Islam sendiri ialah menyerahkan diri kita kepada Allah atau tunduk dan patuh tanpa bantahan kepada Allah. Maksud Islam yang lain juga bermakna kesejahteraan. Kedua-dua ini boleh kita kaitkan dengan firman Allah yang bermaksud:

" (Tidak demikian) bahkan sesiapa yang menyerahkan diri kepada Allah, sedang ia berbuat kebaikan, maka baginya pahala pada sisi Tuhannya dan tidak ada kekhuatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati." 2:112

Ini bermakna sesiapa yang menyerah diri kepada Allah, iaitu Islam, maka, sejahteralah dia dan tidakla dia bersedih hati, tiada resah gelisah. Makna Islam jika dilihat dari asalnya ialah aslama, ialah kata kerja, menyerah. Jadi, Islam menunjukkan tabiat, perlakuan. Islam ialah Ad-Din, CARA HIDUP.

Justeru Islam perlu hadir dalam hidup kita, setiap detik, setiap saat,
Justeru Allah perlu hadir di hati kita setiap detik, setiap saat.
Justeru, perlakuan yang diniatkan kerana Allah perlu ada setiap detik setiap saat,
Justeru, pengabdian yang sebenar-benarnya terhadap Allah ialah melakukan segala yang diperintahNya dan meninggalkan segala yang dilarangNya,
Pengabdian yang membawa keredhaanNya.

Kerana hanya dengan penyerahan kepada Allah, hati kita bersih dari segala kekotoran, hawa nafsu, kepentingan...
Hanya dengan penyerahan kepada Allah, tanggungjawab kita sebagai khalifah Allah terlaksana, sebagai umat contoh terlaksana....

Firman Allah SWT

"Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang makruf, dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah" (3:110)

Betapa tingginya darjat manusia diangkatkan apabila memegang amanah daripada Allah ini, iaitu untuk membawa manusia kembali menyembah Allah SWT, untuk menyerahkan segala urusan kepadaNya, untuk berhakimkan kepada Al-Qur'an dan Sunnah.

Maka demi Tuhanmu mereka (pada hakikatnya) tidak beriman hingga mereka menjadikan kamu hakim terhadap perkara yang mereka perselisihkan, kemudian mereka tidak merasa dalam hati mereka sesuatu keberatan terhadap putusan yang kamu berikan, dan mereka menerima dengan sepenuhnya" (4:65)

Hanya dengan membawa manusia untuk bernaung di bawah sistem Al-Qur'an dan Sunnah, manusia secara keseluruhannya, umat Islam dan bukan Islam dapat dibebaskan daripada pengabdian kepada hawa nafsu, pengabdian kepada sesama manusia, pengabdian kepada kepentingan kaum, pengabdian kepada kepentingan diri, politik....

Jadi, jihad umat Islam bukan sahaja untuk mempertahankan umat Islam atau untuk membawa umat Islam berada di jalan Allah tetapi juga untuk mempertahankan manusia. Dalam perang Qadisiah, Rabi' bin Amir diutus kepada panglima Persia, Rustum dan Rustum bertanya kenapa kalian datang? Jawab Rabi', "Kami datang kepadamu untuk mengeluarkan kalian daripada kegelapan menuju cahaya, dari kesempitan dunia menuju kelonggaran dunia, dari kezaliman menuju keadilan. Rasul kami telah diutus dengan membawa kebenaran kepada seluruh umat manusia".

Tapi, zaman sekarang, kuasa pemerintahan belum jatuh kepada umat Islam dan lebih mirip kepada zaman di Mekah. Jadi, jihad lebih kepada membawa orang untuk menyembah Allah SWT dan tidak menyekutukanNya, memahamkan orang tentang Islam. Dan ini memerlukan ilmu, tenaga, harta, pengorbanan, amal dan organisasi.


Apabila menyedari bahawa kita hidup di dunia ini sebagai khalifah Allah, untuk menyeru manusia kepada kebaikan dan menjauhi kemungkaran, di situla kita akan merasakan suatu kuasa yang menolak kita untuk belajar, belajar dan belajar. Kuasa penolak itu tidak lain dan tidak bukan datangnya daripada niat kerana Allah. Allah yang Maha Pengasih Maha Penyayang mengetahui bahawa hanya apabila manusia menyerahkan diri kepadaNyalah, manusia akan sejahtera. Tidak ada sistem lain yang lebih hebat daripada sistem ini. bila kita belajar kerana takwa. Maka Allah akan mengajar kita melalui takwa. Di sinila, ilmu itu diberkati. Di mana hari yg pendek, namun terasa byknya ilmu yang diperoleh. Dengan kuasa Allah, semuanya mustahil.

Di sini, tidak sepatutnya timbul umat Islam yang lemah. Memang betul, ada hikmahnya di sebalik apa yang telah berlaku kerana Allah itu Maha Pengasih Penyayang. KetetapanNya adalah terbaik untuk kita. Tetapi, hakikat/takdir tidak boleh dijadikan alasan untuk tidak belajar. Kerana kita belajar kerana Allah dan bukan kerana ditarik oleh apa yang akan berlaku. Apa yang akan berlaku itu, gagal/berjaya, kalah/menang, turun/naik, miskin/kaya, cacat/sempurna, mati/hidup, semuanya adalah apa yang Allah setuju anugerahkan kepada kita. Sesungguhnya, apabila kita ditimpa kesusahan, Allah ingin mengajar kita supaya daripada situ, kita dapat mengambil pelajaran. Allah mengajar, menguji kita bukan untuk main-main. Bagi saya, ujian itu, pengalaman itu juga sebagai proses mematangkan kita. Kerana, bukankah Allah ingin menjadikan manusia sebagai khalifahNya di muka bumi?

Tapi, Allah akan berikan ganjaran setimpal dengan apa yang kita usahakan. Jadi, jika kita inginkan kejayaan, perlulah kita berusaha bersungguh di jalan yang diredhai Allah. Apabila kita berjaya, hendaklah kita ingat bahawa usaha kita tidak ada kuasa untuk memberi kejayaan, tetapi Allah swt yg mengizinkan kita utk mengecapinya. Dan apabila kita menghadapi kegagalan, hendaklah kita ingat bahawa amalan kita tidak sia-sia kerana Allah menghargainya.


Untuk akhiri, Rasulullah SAW pernah bersabda, "Sesungguhnya Allah tidak melihat bentuk dan harta kalian, tetapi melihat hati dan pekerjaan kalian" (HR. Muslim)








Tuesday, January 04, 2005 

Alam persekolahan

Semalam, bermulalah sesi pendaftaran untuk kemasukan pelajar-pelajar sekolah rendah/menengah. Semalam ada buat hal skit. So, masa abg tgh drive dekat area PJ, nampakla seorang budak perempuan beruniform sekolah ni jln, dengan muke monyoknya, nak pegi ke sekolah agaknya. Sekolah Sri Aman. Sekolah yang saya nearly nak masuk, tapi, disebabkan "pena sudah diangkat", takdir Allah, saya tercampakla ke ..... area kat kubur kat Seremban tuh. Hihih. Ketentuan Allah....

Ketentuan Allah....
Qada' dan Qadar....

Kepercayaan kepada Qada' dan Qadar ini sebenarnya mempunyai byk impak terhadap kehidupan kita sebagai seorang Muslim, kalau difahami betul, diimani betul dengan akidah yang betul, ibadah yang betul semangat api yang membara di dalam jiwa seseorang. Dia macam daripada ulat gonggok yang kita nampak cam lipat tu, kepada ulat gonggok yang stretch kan diri dia sepanjang yang boleh, bile ade org sentuh... KEMEGAHAN TERJELMA, KEGERUNAN TERASA... Cheh.....

Begitulah juga keadaannya yang berlaku kepada daun semalu. Bile disentuh, daripada menguncup, jadi mengembang SEKEMBANG-KEMBANGNYA... Heh...

Dan begitulah juga kesannya kepada manusia, bila hati tersentuh oleh seruan kalimah La ila ha illallah, maka, daripada seorang insan yang mempunyai semangat ala kadar, malas, bosan, leka, putus asa, terburu-buru, berubahla menjadi seorang insan yang dalam dirinya tercetuslah semangat jihad, semangat juang dan semangat belajarnya....

Dan, ketahuilah bahawa sesungguhnya, lemah kuat sesuatu umat itu, bergantung kepada lemah kuat amalannya, lemah kuat amalannya bergantung kepada lemah kuat imannya dan lemah kuat imannya bergantung kepada lemah kuat ilmu yang diperolehinya. (Bukankah surah yg pertama adalah Surah Al-Alaq:1-5,Bacalah....) Ilmu yang tersemat di hati dan bukannya di kepada, setakat memori...

Untuk meningkatkan iman, keyakinan terhadap jalan Allah, ketaatan kepada Allah, ilmu sifat-sifat Allah, akhirat, ketentuan, jln yang diredhaiNya dan dimurkaiNya, baik buruk pilihan manusia, ilmu sains, etc. diperlukan. Ilmu yang dapat disematkan di hati dan bukan setakat di kepala, sebagai memori.... Dan apabila terterbitnya iman, barulah kita boleh islam, barulah kita boleh tunduk dan patuh kepada Allah tanpa bantahan, serahkan diri kepada Allah (maksud islam:tunduk dan patuh, islamun:penyerahan).

Makanya, sebab itulah, amat penting sekali untuk dpt fhm betul2 qada' dan qadar ni. Heh, mcm Indon lak.

ALAM PERSEKOLAHAN

Saya ingat lagi, time saya belajar pasal Qada' dan Qadar semasa sekolah menengah dulu. Dan saya ingat lagi, reaksi saya apabila baca bab ini di dalam buku rujukan. Macam-macam saya kata.... Saya kata,

"Tak faham"

"Apa beza dia?"

Yang pasti waktu tuh, saya tak clear dengan konsep ketentuan Allah SWT. Untuk dimudahkan cerita, saya tak layan ketidakjelasan saya dan hafal jer ayat dlm buku rujukan tuh walaupun saya tak berapa faham. Selamat sikit...

Tapi, itula, selamat untuk peperiksaan, tak semestinya selamat untuk the next step... perjalanan hidup ni masih jauh lagi. Bila2 leh tergelincir. (Sabda Rasulullah S.A.W:Sesungguhnya amalan seseorang itu bergantung kepada niatnya. ...)

So, dulu saya belajar. Macam2 nawaitu... And mcm2 la yg tak kena. berubah jer. Nak buktikan nila, tulah... Pernahla niatkan, nak majukan umat, heh, ala, mcm lagu Mirwana tuh, tapi, x kekal la ngan niat tuh... pendek kata, mcm2 la niat.... tak jelas dengan siapa diri saya agaknya.... barangkali kelalaian/keseronokan buat kita lupa...

kenapa kita kena belajar?

to be continued...


About me

  • Simply put, I am a Muslimah and am still trying to becoming one...Let it be that way,.. for the rest of my life as there are no other better things than to worship Allah Alone, the One and Only, the Most Gracious, Most Merciful. Aamiiin
  • From Allah we come and to Allah, we will return. Islam, a gift from Our Creator, Allah to humankind,..a Peaceful Way of Life
My profile