« Home | La Tahzan » | La Tahzan » | Tangis » | Amal kan » | Terima kasih » | Sudahkah aku menjalankan amanah Allah? » | Di Tahap Manakah Aku? » | Usah Ditangguh... » | Puasa » | KeranaNya » 

Wednesday, November 23, 2005 

Sudah Jatuh, Mari Bangun... Cuba bangun

Semangat tidak semestinya berhasil kerana tergantung kpd realiti.
Yang menjadi batu penghalang, ialah kelemahan.
Ya, kelemahan .. kalau musuh sedar, di sinilah pintu masuknya...

Oleh itu, yang kita perlukan ialah usaha yg berterusan...

Pentarbiyahan.. Pembersihan jiwa
Kemudian, tenaga dijana..
Kurangla beban yg dirasai guru dan sahabat kita,
Harapan sahabat agar pertemuan bersama di Syurga Firdaus
Mendapat keredhaan Allah..
Mengukir senyuman yg asli

Tenaga bertambah dan bukan lagi tenaga yg sama...
Kini bukan lagi sendirian tetapi berkumpulan...
Bukan lagi, iman aku, iman aku, iman engkau iman engkau...
Tetapi, ... bagaimana iman aku dan apa khabar iman engkau?

Siapa yg boleh hidup sendirian?
Usah tipu, nafikan kebenaran...
Sedangkan Rasulullah pun berjuang bersama sahabat yg disayang
Kasih Allah mencetuskan kasih ukhuwwah...
Di situlah manisnya perjuangan...
Hakikat kebenaran yg pasti...
Bukannya sebuah ilusi
Bagi Yang Di atas bahtera, berkemudi

Mungkin kita terasa seolah jauh lg perjalanan kita,
Memang jauh,, jalan ini bukan ditaburi bunga...
Tetapi, usah sedih kerana kalau bukan jalan ini susah...
Tidak adalah gantung harap kita kepada Allah.
Tidak adalah rasa rindu kepada Allah..
Maka hilangla peluang utk merasa manis madu...Hilanglah ...

Ayuh, bangun semula ...

Usah terleka, dibuai lena dan nafas lega dengan kemewahan dunia...
Bukankah kita akan diduga?
Kerana dunia ini hanyalah ladang bercucuk tanam, bukannya pengakhiran
Kerana Allah menilai amal kita dan bukannya harta kita..

Islam itu kamil dan mutakamil...

Mari pohon kepada Allah
Agar bersama dapat mengingatiNya selalu, Agar bersama dapat bersyukur kepadaNya,
Agar bersama dapat dibukakan hati utk melihat kebenaran, menilai melalui neraca pertimbanganMu
Agar bersama menjauhi kemungkaran
Agar tabah dan istiqamah mengharungi hidup ini..


Berikanlah taufik dan hidayah...

Celikkan mata, basahkan hati, tajamkan minda, perkasakan tubuh...

Utk menghadapi tentangan nafsu dan penolakan ...
Yg datang dari semua sudut...

Utk bangun setelah jatuh, bangun lagi, setelah jatuh lagi dan bangun, terus bangun dan terus bangun....

About me

  • Simply put, I am a Muslimah and am still trying to becoming one...Let it be that way,.. for the rest of my life as there are no other better things than to worship Allah Alone, the One and Only, the Most Gracious, Most Merciful. Aamiiin
  • From Allah we come and to Allah, we will return. Islam, a gift from Our Creator, Allah to humankind,..a Peaceful Way of Life
My profile