Hidup ini tidak bererti jika iman tidak ada di dada....
Sangat penting skali utk kita memiliki iman kepada Allah kerana di situlah kita meletakkan tauhid kita kepada Allah swt.
Tanpa iman, bermakna tiada keyakinan dan tanpa keyakinan terhadap kuasa Allah, bagaimana kita boleh menjadi hambaNya yg
beramal s0leh dan berjiwa tenang
Sesungguhnya hidup di dunia ini dipenuhi ranjau duri.
Namun, berbekalkan keyakinan kita kepada Allah yang Maha Penolong, kita mampu utk meredah hidup ini.
Biarpun, diri ini hanyalah minoriti di bumi yg majoritinya bukan Muslim.... tetapi, bknkah yg kurniakan segala-galanya ini ialah Allah jua.... bukankah kewujudan kita disebabkan wujudNya Allah selaku Pencipta kita....
Bukanlah sedikit itu yg sepatutnya meresahkan kita kerana bukankah kekuatan itu sendiri terletak kepada agama Islam yg merupakan agama fitrah umat manusia dulu, kini, selamanya....
Oleh itu, usah biarkan duri2, ancaman palsu musuh melemahkan kita daripada membina mahligai Islam di hati kita yg terpancar sinarnya menyinari kegelapan alam, diselubungi pencemaran...
mara menuju tarbiyyah imaniyyah, mara beramal kerana Allah
86:15-16
Sesungguhnya org kafir itu merencanakan tipu daya yg jahat dgn sebenar-benarnya. Dan Akupun membuat rencana (pula) dgn sebenar-benarnya