« Home | Takwa, Taat, Al-Qur'an dan Sunnah, Menjauhi bid'ah » | Iraq War "Blatant State Terrorism": Nobel Laureate » | Allah: Pemberi Mudharat dan manfaat » | Abdul Rahman bin 'Auf » | Untuk Korban Harta, Perlu Cari Harta » | Korban harta juga.. » | Sudah Jatuh, Mari Bangun... Cuba bangun » | La Tahzan » | La Tahzan » | Tangis » 

Monday, December 26, 2005 

Kombinasi ...

Lately ni, macam-macam perkara berlegar di kepala fikiran....

Ada satu ketika, terfikir adakah ketidakpekaan ku membawa kpd kehilangan seorang sahabat....

Ataupun kehilangan itu hanyalah suatu ilusi ....

Namun, ku rasakan, jika memang ketidakpekaan dan kelalaian ku lebih menjauhkan seseorg insan drpd Allah swt, maka biarlah kehilangan itu menjadi suatu kenyataan... dan bukan suatu ilusi

Lately juga, ada perkara lain yg berlegar di kepala fikiran....
Pengalaman beberapa tempoh hari yg lepas memberikan pengajaran, kesedaran, kejutan
dan kerisauan... bahkan ketakutan ....

Kesudahan sebuah perjalanan ....

Ada 2 perkara penting:

1.Ujian .... Bukan setakat ujian yg sekali, tetapi berkali-kali
2. Tarbiyah ..... Bukan setakat tarbiyah,tetapi tarbiyah yg panjang

Begitula yg kita saksikan di zaman Rasulullah saw dahulu. Sewaktu pembentukan generasi unik ---

Sesungguhnya kejayaan Islam bukannya datang hanya drpd usaha menyampaikan risalah tetapi datang drpd Pembinaan rijal. Seperti yg dikatakan sudah, zaman pembentukan generasi unik, sulbiah.

Begitula yg kita lihat ... ujian demi ujian yang telah dilalui oleh Rasulullah saw dan para pengikutnya dalam usaha dan jihad menegakkan kalimah La ila ha illallah di muka bumi ini.

13 tahun kenabian, di Mekah ...jihad berbentuk jihad bil hujjah. Buktinya, ialah firman Allah yg diturunkan di Mekah sebelum terbentuknya Darul Islam di Madinah atau perkataan lain, ayat Makkiah,

25:52 Maka janganlah kamu mengikuti orang-orang kafir, dan berjihadlah terhadap mereka dengan Al-Qur'an dengan jihad yg besar.

walaupun Rasulullah saw kekasih Allah, baginda menerima ujian kerana sesungguhnya,

90:4 Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia berada dalam susah payah.

Oleh itu, jika Rasulullah saw yg merupakan kekasih Allah pun ditimpa susah payah, bagaimana pula dgn diri ni yg sgt jauh dibandingkan dgn Rasulullah saw. Moga ku tabah dan sabar mengharungi dugaan, menyambutnya dengan kegembiraan dan ketenangan dan kerelaan ....

Sesungguhnya ajakan Rasulullah saw utk kembali kepada Allah, kepada Islam bukannya utk menjanjikan manusia utk memperolehi kehidupan yg senang-lenang dan bermewah-mewahan tetapi, tetapi menjanjikan suatu kehidupan di akhirat yg lebih baik dan lebih abadi, suatu kehidupan yg dirahmati dan diredhai di sisi Allah swt.


87:17 Sedang kehidupan akhirat adalah lebih baik dan lebih kekal

Namun, ini bukanlah bermaksud manusia itu perlu mengasingkan diri nya dan meninggalkan urusan duniawinya. Kerana urusan akhirat itu juga menghendaki manusia utk menyempurnakan urusan dunianya seperti yg dikehendaki Allah swt.

Jalan dunia dan jalan akhirat merupakan satu jalan dan bukannya dua. Ianya merupakan suatu penyambungan. Dunia bagaikan suatu ladang utk bercucuk tanam yg hasilnya yg hakiki dikenal pasti di akhirat kelak. Subur atau tidak suburnya sebuah ladang merupakan suatu rahmat/anugerah daripada Allah swt yg Maha Mengetahui akan hasil/kesudahan yg terbaik, bukannya mencerminkan kuasa atau kehebatan diri mahupun ukuran kemuliaan seseorang.

Tetapi, usaha yg dicurahkan atas arahan Allah utk memastikan agar ladang itu subur demi kepentingan ummat dan manfaat Islam dan menyerahkan urusan samada ladang itu subur atau tidak kepada Allah swt merupakan ukuran kemuliaan yg sebenar. Di situla, seorang manusia menyedari hakikat pengabdiannya kpd Allah swt.

Dunia bukannya tujuan tetapi merupakan alat demi mencapai matlamat kita, Allah..
.Matlamat ukhrawi


Kerana maksud beribadat kepada Allah bukan bermaksud harus menjadi kaya, harus berkuasa, harus berharta byk, harus berasa senang, harus cantik, harus diminati, harus diagungi orang ramai, harus mendapat status, kehormatan, harus berat dr segi kuantiti....

Tetapi, maksud beribadat kepada Allah bermaksud, mencurahkan tenaga dan kudrat yg ada
di jalan Allah... bermaksud di segi kualiti, bukan kualiti pada pandangan manusia yg sempit pengetahuan dan penilaiannya tetapi kualiti pada pandangan Allah, yg Maha Tinggi, Maha Mulia, Maha Adil dan Maha Mengetahui

Ianya Bermaksud, beramal ikhlas kerana Allah, mengikut norma-norma dan peraturan yg dikehendaki Allah, sebagaimana yg disyariatkan di dalam Al-Quran, terkandung dalam ajaran Nabi kita, Nabi Muhammad saw.

Namun, wajar kita sedari di mana peranan beribadat ini memainkan peranannya.

Manfaat Beribadat kpd Allah tidak terbatas utk manfaat diri kita sahaja, tetapi sebenarnya utk manfaat semua makhluk di muka bumi ini ....

Termasuk di dalam ibadat, tanggungjawab utk menegakkan Islam di muka bumi ini agar semua makhluk merasai rahmat Allah, meyakini rahmat Islam, meyakini kemampuan Islam utk menyelamatkan manusia secara keseluruhannya... Menegakkan Islam sehingga tiada fitnah terhadap Islam. Oleh itu penting utk kita bersama-sama cuba memantapkan iman dan amal diri dan jama'ie. Kerana sesungguhnya Islam itu juga merupakan agama bermasyarakat, suatu sistem dan kerana sesungguhnya:

3:110, Kamu adalah umat yg terbaik yang dilahirkan utk manusia, menyuruh kpd yg ma'ruf dan mencegah dr yg mungkar dan beriman kepada Allah. Sekiranya Ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bg mereka, di ant. mereka ada yg beriman dan kebykan mereka adalah org2 yg fasik.

Bukankah saling tolong menolong itu suatu ibadat dan memerlukan hubungan lebih drpd satu hala?
Bukankah usaha tidak amalkan riba itu suatu ibadat dan memerlukan hubungan lebih drpd satu hala?
Bukankah setiap org memiliki kekurangan dan kelebihan yg menghendaki manusia utk memerlukan satu sama lain utk menjayakan suatu amal kemasyarakatan?

Oleh itu, penting utk kita sedari dan pertimbang sejauh mana amal kita itu membawa manfaat kpd Islam...

Adalah perkara yg menakutkan sekiranya kita menamakan amal kita "amal kerana Allah" sedangkan amal itu sebenarnya tidak memberi manfaat kpd Islam. Boleh jadi, takut2 jika amal itu dibuat hanya utk memenuhi nafsu diri.

"Matlamat tidak menghalalkan cara"- Cara yg tidak halal boleh menabur fitnah terhadap Islam.

Contohnya "Konsert Amal"

Cukup setakat sini....






About me

  • Simply put, I am a Muslimah and am still trying to becoming one...Let it be that way,.. for the rest of my life as there are no other better things than to worship Allah Alone, the One and Only, the Most Gracious, Most Merciful. Aamiiin
  • From Allah we come and to Allah, we will return. Islam, a gift from Our Creator, Allah to humankind,..a Peaceful Way of Life
My profile