« Home | Insan Pilihan » | Apa Aku Buat Di Sini? » | Di mana salahnya? » | Lama menyepi » | Mengapa ditentang? » | Kenapa kita Belajar? » | Alam persekolahan » | Al-Fatihah(sambungan) » | Al-Fatihah » | Alhamdulillah » 

Sunday, May 08, 2005 

Sayang, Bukan Tak Sayang...

Hari itu, aku naik bas... aku lihat seorang hamba Allah ni, kurus, aku perasan pandangan nya terhadapku seolah mempunyai rasa hormat dan friendly.

Kemudian, tiba suatu stop ni, dia pun turun drpd bas itu. Baru aku realize sebelah kakinya tidak ada. Timbul rasa simpati. Kemudian, mataku ekori arah tujunya dari dlm bas.
Aku menyaksikan tindakannya utk masuk sebuah kelab. Lagi satu keadaan yang agak serupa berlaku. Nampak seorang yang buta cross jln raya dan masuk ke dlm pub. (Jgn2 die tak buta, wallahualam)

..... Kesian....

Alangkah bagus kalau dia tahu, alangkah bagus kalau mereka tahu...

Peristiwa tu dan pelbagai lagi contoh peristiwa yg lain sudah menjadi

sebab kuat bahawa sebenarnya banyak yg kita perlu buat.
Sebab kuat bahawa banyak yg belum kita buat.

Tetapi, semua ini, perasaan teringin membantu, etc, perasaan simpati tak kan disedari oleh orang selagi kita belum betul2 menzahirkannya dr segi perbuatan. Selagi kita belum menyampaikan risalah Allah. Selagi belum ada ekspresi....

Kebanyakan perasaan ini disimpan... keadaan yang sama juga berlaku dengan hubungan kita dengan yg lain... Bila tersimpan, manusia tidak tahu. Prasangka mudah berlaku. Hubungan muda menjadi rapuh dan keruh. Kelemahan mereka sepatutnya tidak menjadi sebab utk timbul rasa tidak suka. Tetapi, menjadi sebab kuat utk lagi membantu kerana kelemahan mereka juga menandakan kecuaian/salah kita utk tidak membantu.

Sebenarnya, kisah, bukan tak kisah
Sebenarnya, sayang, bukan tak sayang.

Selagi masih belum buktikan, selagi belum cuba mendapat kepercayaan, selagi itulah terpaksa menanggung beban menyimpan perasaan murni, anugerah Illahi dan selagi itulah tindakan membisu menimbulkan perasaan resah gelisah.

Orang yg beriman sebenarnya tidak selesa untuk duduk diam melihat penyelewengan ke atas umat. Kerana sesungguhnya,

2:143 Dan demikian (pula) Kami telah menjadikan kamu (umat Islam), umat yang adil dan pilihan agar kamu menjadi saksi atas (perbuatan manusia) dan agar Rasul (Muhammad) menjadi saksi atas (perbuatan) kamu...

Jadi, saksi di sini tu macam mana. Ok, katakanlah kan,

CASE STUDY
Arnab duduk di taman sedang membaca buku cerita. Sekali, ternampak botol air Carrot dicuri oleh si Tikus. Arnab jadi saksi kepada situation tuh. Arnab nampak. So, Arnab pun bgtau Carrot yg Tikus curi. Kejar Tikus and bagitau tu salah. Dia kena pulangkan. Adakah Arnab nak buat tak kisah jer? Tak. Sbb Arnab dah nampak and die rase tu tanggungjawab dia. Lagi2 Arnab dan Carrot semacam ada suatu hubungan yg kuat kan. Hihi, confirm, Arnab sayang Carrot. Aduh, aku pun suke carrot.

Adakah Arnab akan rasa selesa kawan dengan Tikus dan kawan dengan Carrot kalau Arnab tak buat pape. Tak. Sebab Arnab sure rasa teruk.

Jadi, kalau Arnab tak buat apa2, apa maksudnya? Antara sebab2 yg possible:

A. Rasa takpe Tikus curi. Biarla dia.
B.Tidak mempunyai hubungan yang baik dengan Carrot dan Tikus
C.Tidak rasa dia menjadi saksi.

A.
Di sini, boleh jadi Arnab tidak mampu membezakan yg benar dan yang salah. Kalau dia rasa itu salah pun, takpe, hak asasi. Tapi, bukankah hak asasi Carrot diceroboh juga. Di sini, Arnab mungkin memiliki hati yang mati.

B.
Arnab langsung takde rasa belas kasihan terhadap dua2 makhluk Allah tuh. Arnab sibuk dengan hidupnya sendiri. Baca buku. Tapi, Arnab tak sedar akhirnya tindakan diam nya itu akan binasakan dia juga akhirnya. Takde carrot nak dimakan. Carrot x dpt minum air. Asyik botol minuman dicuri oleh Tikus jer. Dan bukan Arnab jer yg x dpt makan. Org lain pun. Saya pun. HIHih. Ceh... tapi, tula kan, mangsa keadaan.

C. Sangat bermasalah kalau Arnab tidak realize yg dia adalah saksi. Arnab nampak tapi dia tak bertindak mcm dia nampak. Itulah yang kita ada mata tapi buta, ada penglihatan tapi buta. Sebenarnya, if an Arnab is willing to become a witness for a case, is willing to help, case is solved instead of case is closed. Bila Arnab sanggup jadi saksi, realize dia ada tanggungjawab utk jadi saksi, bermakna Arnab dah tahu bezakan yang benar dan yang salah, dan tanda setuju memegang tanggungjawab tu juga didorong oleh rasa simpati, rasa keterikatan yang kuat dengan Carrot dan Tikus.

Dan yang paling penting dan kuat skali ialah kerana realize yang dia adalah hamba Allah. Kerana bila dia jadi hamba Allah, barula terterbit rase menjadi saksi yang didorong oleh suruhan Allah SWT. Paling penting skali ialah establish hubungan dengan Allah yang automatically establish hubungan yang murni dengan makhluk Allah yang lain. HUbungan yang mcm itu yang diredhai Allah, kan.

Tapi, tula ni Arnab kan. Tugas saksi ni kat manusia. (Anggapla Arnab ni manusia) :)

Jadi, samalah juga dengan umat Islam. Umat Islam ialah umat yg adil, umat yang menyaksikan. Tidak boleh duduk diam melihat kemungkaran. Perlu membawa manusia untuk beriman kepada Allah dan menjahi Taghut. Perlu membawa orang kepada kebenaran dan menjauhkan orang dari kemungkaran. Perlu amar makruf nahi mungkar. Umat yang tidak menyebelahi mana2 pihak. Umat tengah yang hanya menyebelahi kebenaran. Umat yang menyaksikan perjalanan hidup manusia, sejarah, keadaan dan berfikir bagaimana untuk bertindak. Tindakan umat itu seterusnya disaksikan oleh Nabi Muhammad selaku Rasul yang telah membuat amar makruf nahi mungkar.

Perlu ada saksi kerana ada perbicaraan. Perlu ada perbicaraan utk tegakkan yg hak dan runtuhkan yg batil. Sesungguhnya, Allah melakukan perbicaraan yang seadil-adilnya. Dan di situla, segala macam perkara akan disuarakan.

Dan, bukanla perkara yang sukar diterima atau tidak logik jika....

Selagi belum amar makruf nahi mungkar, selagi belum laksanakan syahadatul hak, selagi itu tindakan itu bakal dijadikan hujah oleh yang belum menerima.....

4:165Rasul-Rasul (yang Kami telah utuskan itu semuanya) pembawa khabar gembira (kepada orang-orang yang beriman) dan pembawa amaran (kepada orang-orang yang kafir dan yang berbuat maksiat), supaya tidak ada bagi manusia sesuatu hujah (atau sebarang alasan untuk berdalih pada hari kiamat kelak) terhadap Allah sesudah mengutuskan Rasul-rasul itu. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

Akhir skali, biarpun, ianya mungkin macam berat tapi berat tak bermakna buruk kan....

Mana best? 1 kg watermelon ke 3 kg watermelon. :)

Sayang, bukan tak sayang...






About me

  • Simply put, I am a Muslimah and am still trying to becoming one...Let it be that way,.. for the rest of my life as there are no other better things than to worship Allah Alone, the One and Only, the Most Gracious, Most Merciful. Aamiiin
  • From Allah we come and to Allah, we will return. Islam, a gift from Our Creator, Allah to humankind,..a Peaceful Way of Life
My profile