Baitul M
CIRI-CIRI DALAMAN BAITUL MUSLIM
Rumah yang memberikan ketenangan dan keberkatan akan memantulkan nur iman kepada peribadi Muslim baik dari sudut luaran mahupun dalamannya.
Bilik Tidur
Sekurang2nya Baitul Muslim mengandungi 3 bilik tidur yg berasingan. Satu bilik utk ibu bapa dan 2 lagi buat anak2 lelaki dan perempuan. Etika ini disusun oleh Rasulullah s.a.w dalam sebuah hadith yg bermaksud:
“Perintahkanlah anak-anak kamu supaya menunaikan solat apabila usia mereka 7 tahun. Apabila usianya 10 thn pukullah mereka seandainya mereka engkar dan pisahkanlah tempat tidur mereka (di antara lelaki dan perempuan)”
HR Abu Dawud.
Scenario kegawatan akhlak seperti kejadian rogol, sumbang mahram atau kes-kes bersekedudukan di antara ayah dgn anak2 atau yg melibatkan adik beradik berpunca daripada pembinaan rumah yg tidak menepati piawaian yg diatur oleh Islam.
Mesra Tetamu
Baitul Muslim sangat dituntut menyediakan ruang untuk tetamu seperti yg dianjurkan oleh Rasulullah s.a.w. Dalam hadith Rasulullah s.a.w bersabda yg bermaksud:
“Barang siapa yg beriman dgn Allah maka hendaklah dia memuliakan tetamunya. Layanan diberi utk satu hari dan satu malam; layanan baik diberikan selama 3 hari; lebih daripada itu adalah sedekah; dan adalah tidak dibenarkan bg tetamu utk terus tinggal sehingga dia menjadikan dirinya sebagai beban”
Muttafaqun ‘alaihi
Sebaik2nya ada bilik khas utk tetamu yg ingin bermalam atau ruang khas bagi tujuan mempermudah aktiviti-aktiviti keluarga dan juga usaha2 utk mengangkat syiar Islam.
Mesra Ibadah
Baitul Musli, dituntut menyediakan ruang solat dan kelengkapannya buat keluarga terutama bagi kaum wanita. Ini kerana solat di rumah bagi kaum wanita lebih afdhal berbanding solat mereka di masjid.
Daripada Ummu Hamidah al-Sa’idah, suatu hari beliau bertemu dengan Rasulullah s.a.w dan berkata:
“Wahai Rasullullah sesungguhnya saya lebih suka dapat mengerjakan solat berjemaah bersama engkau. Maka Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesungguhnya aku tahu tetapi solat engkau di rumah lebih baik daripada solat berjemaah di masjid”
HR Ahmad dan Tobarani.
Hadith di atas dikuatkan oleh dengan firman Allah swt dalam al-Quran yg bermaksud:
“Di rumah2 yg diperintahkan oleh Allah supaya dimuliakan keadaannya dan disebut nama-nama Allah padanya; di situ juga dikerjakan ibadah dan memujiNya pada waktu pagi dan petang”
Q.S An-Nur: 36.
Abu al-A’la al-Maududi ketika mentafsirkan ayat di atas menjelaskan bahawa setiap Mukmin wajar memakmurkan rumah mereka dgn aktiviti2 keagamaan kerana dalam Islam setiap rumah adalah tempat ibadah seolah2 seperti masjid dan setiap mereka adalah a’bid yg bertanggungjawab utk menghidupkannya.
Menyediakan Perpustakaan Kecil
Baitul Muslim mestilah menyediakan ruang utk menempatkan bahan-bahan bacaan ala perpustakaan kecil bagi menambah ilmu pengetahuan mereka. Perpustakaan mini tersebut boleh dimuatkan dgn buku2 seperti al-Quran, atau kitab2 rujukan seperti tafsir, sirah Nabi, hadith, fiqh Islam, surat khabar, majalah-majalah dan buku-buku yg bermanfaat.
Firman Allah swt bermaksud:
“Dan ingatlah (serta amalkanlah) apa yg dibaca di rumah kamu dari ayat2 Allah (al-Quran) dan hikmah pengetahuan (hadith Rasulullah s.a.w). Sesungguhnya Allah Maha Halus tadbirnya lagi Maha Mengetahui.”
Q.S al-Ahzab: 34.
Sekurang2nya ada rak-rak bacaan yg boleh diletakkan sama ada ruang tamu atau di bilik tidur atau ruangan yg bersesuaian. Rumah yg kosong drp sebarang bentuk pengisian mudah dimasuki syaitan dan jauh daripada keberkatan Allah Ta’ala. Apatah lagi apabila diisi dgn unsur-unsur hiburan dan alat2 yg melalaikan daripada mengingati Allah.
Simbol Kesederhanaan
Sabda Rasulullah s.a.w yg bermaksud:
“Bersikaplah dgn sederhana. Amalkan agama bersesuaian dgn kekuatan fizikal kamu. Bersolat pada waktu pagi dan malam dan pada sebahagian malam. Ikuti jalan pertengahan dan kamu akan mencapai matlamat kamu”
HR Bukhari
Sebarang bentuk harta atau perhiasan dalaman yg melampau2 seperti sutera ataupun daripada emas dan perak sangat dilarang dalam Islam kerana ia lambing kepada pembaziran dan kemungkaran Allah swt.
Firman Allah yg bermaksud:
“Wahai org yg beriman, jgnlah kamu dilalaikan oleh harta kekayaanmu dan anak2mu dari mengingati Allah. Barang siapa yg melakukannya maka itulah org yg rugi”
Q.S al-Munafiqun: 9.
Bersifat Rumah Terbuka
Sabda Rasulullah yg bermaksud:
“Ya Allah ya Tuhanku, luaskanlah rumahku dan berkatilah rezekiku”
HR Bukhari
Budaya rumah terbuka berdasarkan hari2 tertentu perlu dielakkan. Hal ini kerana Baitul Muslim bersifat rumah terbuka sepanjang tahun. Rasulullah s.a.w adalah contoh terpuji yg sentiasa menggalakkan tetamunya datang ke rumah baginda. Ini kerana tetamu yg datang membawa keberkatan dan pahala dan apabila pulang mereka menggugurkan dosa-dosa penghuninya keluar rumah.
Sumber Pendapatan Halal
Baitul Muslim mestilah bersifat warak. Warak di sini maksudnya bimbangkan harta2 yg dikumpulkan atau anak2 termakan makanan dari sumber yg haram. Di sini isteri wajar memainkan peranan yg penting agar menasihati suaminya agar berhati2 selalu agar setiap kerja suaminya tidak berpunca daripada hasil yg haram.
Para isteri sahabat2 Nabi selalu berpesan sebelum suami mereka keluar utk bekerja:
“Wahai suamiku bertakwalah kepada Allah dan takutkanlah seksaan api neraka. Sesungguhnya kami tidak izinkan perut kami dan anak2 kami diisi dgn makanan yg haram walaupun sedikit dan kami rela tidak makan walaupun terpaksa berlapar!”
Petikan Majalah I, Panduan Keluarga, Mac 2004, tulisan Ibnu Ahmad al-Kurauwi, hal 46-47.