KeranaNya
Ada seorang lelaki yang sedang mengunjungi saudaranya di sebuah desa lalu ALLAH mengutuskan seorang malaikat untuk mengejarnya. Setelah bertemu dengannya malaikat bertanya: "Hendak ke mana anda?" Orang itu menjawab: "Aku ingin mengunjungi saudaraku di desa ini." Malaikat bertanya lagi: "Apakah kerana kamu punya jasa baik kepadanya yang ingin kau dapatkan darinya?" Orang itu menjawab: "Tidak. Semata-mata kerana aku ingin mencintainya di jalan ALLAH." Malaikat itu menegaskan: " Sesungguhnya aku utusan ALLAH yang diutus untuk menyampaikan bahawa ALLAH telah mencintaimu sebagaimana engkau telah mencintainya kerana ALLAH."