« Home | Let's return to Allah; From Allah we come, to Alla... » | Al-Hamidun » | Be a true HERO:Don't BUY means Don't SUPPORT and S... » | Wake up and discover! » | Al-'Abidun » | Al-Taibun » | Bilik » | What rights do we have to say/conclude something w... » | Being Open-minded » | Usaha dan tawakal » 

Monday, October 10, 2005 

Puasa Ramadhan

Marhaban ya Ramadhan, Marhaban berasal dr rahb, yg bermaksud lapang. Memang Ramadhan ni kita sambut dgn rasa lapang tanpa rasa berat atau keluh kan. Kita rasa

Rasulullah sendiri senantiasa menyambut gembira setiap datangnya Ramadhan. Dan berita gembira itu disampaikan pula kepada para sahabatnya seraya bersabda:
"Sungguh telah datang kepadamu bulan Ramadhan, bulan yang penuh keberkatan. Allah telah memfardlukan atas kamu puasanya. Di dalam bulan Ramadhan dibuka segala pintu surga dan dikunci segala pintu neraka dan dibelenggu seluruh setan. Padanya ada suatu malam yang lebih baik dari seribu bulan. Barangsiapa tidak diberikan kepadanya kebaikan malam itu maka sesungguhnya dia telah dijauhkan dari kebajikan" (Hr. Ahmad)
Indahnya puasa kerana pintu neraka dikunci. Ianya seolah exam break di mana waktu itulah kita boleh focus utk bersungguh-sungguh utk upgradekan diri, sejahterakan akidah, mantapkan iman, sahihkan ibadah, tingkatkan amal. Ianya adalah suatu nikmat di mana Allah memberi peluang kepada kita untuk mensucikan diri, meningkatkan amal, mendekatkan dri kepadaNya dengan mengurangkan gangguan syaitan.
Perintah puasa:
Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, di wajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana di wajibkan ke atas orang-orang yang terdahulu daripada kamu supaya kamu bertakwa, iaitu beberapa hari yang tertentu. Maka barangsiapa dari antara kamu sakit atau dalam perjalanan, maka (wajib ia puasa) beberapa (hari yang ketinggalan) itu di hari yang lain ".
Jadi, kita berpuasa utk mencapai darjat takwa. Ni yang best kan sbb kita hidup di dunia ini hanyala satu alat untuk mencapai matlamat kita, keredhaan Allah dan bukannya tujuan. Sesungguhnya kehidupan di akhirat itu lebih baik dan lebih kekal.
Hidup di dunia ni ibarat, mcm kita nak sit for exam paper. Kita tahu die punya marking, evaluation, assessment dinilai bukan melalui pangkat, bukan melalui harta yg kita ada, jawatan ko-ku masa kat sekolah, pakaian label mcm mana yg kita pakai, kereta apa, movie apa kita dah katam, kerja kita, novel mcm mana…. Degree apa, tempat kerja kat mana, uni mana, SBP ke…. Bukan, tetapi melalui takwa. Menurut Syed Qutb ‘Sesungguhnya tanah tidak boleh mensucikan diri. Amal yang menyucikan diri.’
Nilai takwa inilah yang mengangkat darjat kemuliaan kita di sisi Allah.
Umar bin Khattab menanyakan Ubay bin Ka’ab,
“Apakah kamu telah melalui jalan yang berduri? Jawab Ubay, “Ya.” Kata Umar lagi, “Lalu apa yang kamu lakukan?” Jawab Ubay, “Aku menghindar dan berusaha keras untuk menghindarkannya.” Umar berkata, “Itulah dia takwa!”
Jadi betapa indahnya puasa kerana hikmatnya ialah supaya menjadkan kita bertakwa.
Jadi, mulianya orang yg berpuasa utk mencapai takwa kan. Beruntungla kan kalau hikmat, kebaikan puasa ni yg kita dpt peroleh. Tapi, nak capai takwa ni bukan tahan makan dan minum tapi lebih drpd tu kan. Sebab takwa ni precious, so, mahal la kan. Precious sehinggakan tiada sesiapa yg boleh tahu harganya kecuali Allah.

Drpd khutbah Jumaat, lebih krg mc mini,
Puasa bukanlah semata-mata lapar, sedang nafsu masih tidak puasa, budi pkerti asih buas .Puasa adalah berlapar untuk mendidik peribadi menjadi orang yang patuh lagi berbudi dan bertimbangrasa serta berusaha melipatgandakan usaha mengingati kebesaran Allah S.W.T. dengan melakukan kebaikan, menjauhkan kejahatan samada dengan hati, perkataan dan perbuatan.
1. Bahawasanya puasa itu adalah menahan diri dan meninggalkan hawa nafsu, dan ia adalah rahsia di dalam diri seseorang dan bukan merupakan amalan yang boleh dilihat. Semua ketaatan di buat di mata ramai dan dapat di ketahui, melainkan puasa sahaja tiada yang melihatnya selain Allah a.w. Ia adalah suatu amal dalam kebatinan yang di sertai dengan kesabaran semata-mata.
2. Puasa itu merupakan suatu jalan penentangan terhadap musuh Allah a.w. , sebab jalan Syaitan itu ialah melalui syahwat dan hawa nafsu yang meminta banyak makan dan minum. Jadi apabila kita mengekang hawa nafsu dan melawan hasutan Iblis bermakna kita menolong agama Allah dan dengan itu kita akan memperolehi pertolongan dari Allah S.W.T. Firman Allah S.W.T. :
Maksudnya : "Jika kamu membela (agama) Allah, nescaya Allah akan membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan kamu ".


Islam tidak tertegak dengan kata-kata. Apala erti kata-kata tanpa buat. Bukan teori. Sebab bila buat tu bukti perjuangan sebenar. Bila buat, bukti kita serious utk menegakkan La ila ha illallah. Bukti ingin menarik org kepada Allah, kepada kebenaran. Contoh
Peringatan ini untuk diri saya juga. Lihatlah perbuatan mulia seperti
S
yed Qutb yg bukan sahaja hebat menulis tetapi tidak tunduk kepada tuntutan jahiliah di saat nyawa dijadikan senjata ugutan yg sebenarnya lemah.

Pelajarilah dari kata2
Imam Hassan al-Banna, ‘Aku tidak mencetak buku tetapi mencetak rijal’

Maaf jika kekerasan penulisan ini terasa.

Melalui puasa, kita sebenarnya melaksanakan segala ibadat kan, sebab dia menahan diri dr hawa nafsu, etc. Sebenarnya, kita tak boleh rasa puasa ni menyebabkan kita malas.
Dan kembali menyedari hakikat bahawa puasa ni sebenarnya merangkumi segala ibadat kan sebab kita nak tahan diri dr ikut benda yg tak betul, tinggalkan hawa nafsu dan buat baik, kembali kepada fitrah yg sukakan kebaikan.

1. Perang Badar . Ia merupakan satu peperangan yang menjadi pembeza antara hak dan bathil, di mana pada akhirnya Islam mendapat kemenangan dalam peperangan itu. Peperangan yang di maksudkan juga melambangkan nilai-nilai yang tinggi dari segi tauhid, pemikiran, kehidupan saksama serta budi pekerti yang sihat. Sebaliknya dalam peperangan tersebut gejala kekufuran yang biasa melambangkan kemudaratan, kesesatan dan pengabaian kepada kehormatan manusia telah dapat di kalahkan.
Ibni Abas berkata bahawa peperangan Badar berlaku pada hari Jumaat bersamaan 17 Ramadhan, di mana Abu Jahal yang juga musuh yang paling besar telah terkorban di dalam peperangan tersebut.
2. Kemenangan Mekah. Kemenangan Mekah di sifatkan Allah S.W.T sebagai kemenangan yang paling besar. Firman Allah S.W.T. :
Maksudnya: "Sesungguhnya kami telah membuka bagi perjuanganmu (wahai Muhammad) satu jalan kemenangan yang jelas nyata ".
Kemenangan itu berlaku pada10 Ramadhan tahun kelapan Hijrah dan kemenangan itu menghapuskan kumpulan dan memecahkan patung-patung berhala di sekeliling Kaabah.
3. Kemenangan Andalusia (sekarang Sepanyol) berlaku pada 28 Ramadhan 92 Hijrah (19 Julai 711 Masihi). Kemenangan ini dipimpin oleh Thariq bin Zaid setelah berjaya mengalahkan Roderick, ketua Goth setelah melalui peperangan yang sengit, yang di kenali dengan peperangan Albughariah. Setelah Thariq bin Zaid dapat menguasai Selat Gibraltar beliau membakar kapal perangnya dan memberi ucapan yang mahsyur ertinya :
"Laut berada di belakang kamu, manakala musuh berada di hadapan kamu. Setelah itu belaiu dapat menakluki Cordova, Granada dan Tulalitilah pusat pentadbiran negara Andalusia.

Marilah menjadi solih dan muslih terhadap diri, ummat dan utk Islam...

Jgnlah lupakan pd Allah kerana itula titik kekuatan...

Marilah kita bersatu kembali. Hati ini ingin bersatu. .... Ingin ....

Masa sudah kesuntukan.. ingin membantu dan dibantu.....

Ingin melihat sesuatu perubahan... tetapi perubahan itu bknla atas izinku, izin Allah.... Perubahan itu adalah pilihan mu.... dan aku tahu engkau juga impikan perubahan itu....

Buatlah pilihan yg benar dan bkn menyia-nyiakan.

Maaf drku andainya usaha ini bukan yg terbaik.... andai, diriku adalah seperti bendasing....

Usah biarkan kelemahan diriku meruntuhkan mu. Tetapi, biarkan keimananmu terhadap Allah menguatkanmu...

About me

  • Simply put, I am a Muslimah and am still trying to becoming one...Let it be that way,.. for the rest of my life as there are no other better things than to worship Allah Alone, the One and Only, the Most Gracious, Most Merciful. Aamiiin
  • From Allah we come and to Allah, we will return. Islam, a gift from Our Creator, Allah to humankind,..a Peaceful Way of Life
My profile