« Home | Bilik » | What rights do we have to say/conclude something w... » | Being Open-minded » | Usaha dan tawakal » | Rabbaniyyin » | Perbezaan » | Takwa » | Seni » | Resonans » | Jgn Lupa Kita mudah Lupa... » 

Sunday, July 17, 2005 

Al-Taibun

Assalammualaikum wbt

Salah satu ciri-ciri keimanan,
1.Al-Taibun (orang yang senantisa bertaubat)

"Dan berlumba-lumbalah kamu kepada keampunan dari Tuhan kalian dan berlumba-lumbalah mencari syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan utk org2 yang bertakwa" (3:133)

"Orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiyai diri sendiri lantas mereka ingat akan Allah lalu memohon keampunan terhadap dosa-dosa mereka - dan siapakah pula yang berkuasa mengampuni dosa selain daripada Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu sedangkan mereka mengetahui" 3:135

Hadis diriwayatkan oleh al-Bukhari, baginda bersabda, "Demi Allah, sesungguhnya aku beristighfar dan bertaubat kepadaNya dalam sehari lebih drpd 70 kali"

Sabda Rasulullah SAW, "Jauhilah dosa-dosa kecil kerana apabila ia terkumpul pd diri seseorg lambat-laun akhirnya ia akan membinasakannya"

Erm... dosa-dosa kecil ni sbnarnya bahaya sbb kalau dibuat dosa-dosa kecil byk kali boleh jadi dosa besar seolah dikumpul butiran pasir kecil yang lama-lama jadi bukit.

Sayidina Umar al-Khattab, "Hitungilah diri kamu sebelum kamu dihitung, timbangkanlah amalan kamu sebelum ianya ditimbang dan bersedialah kamu menghadapi hari qiamat (hari perhitungan)."

3 Syarat Taubat:
1.Tinggalkan dosa-dosa itu- tak lagi kerjakan
2.Menyesali perbuatan yang lalu
3.Berazam tidak lakukan

Dosa sesama manusia, sama seperti yang tiga ni, tapi, ditambah lagi satu, which is,
memohon kerelaan orang yang ada hak menuntut kesalahan

About me

  • Simply put, I am a Muslimah and am still trying to becoming one...Let it be that way,.. for the rest of my life as there are no other better things than to worship Allah Alone, the One and Only, the Most Gracious, Most Merciful. Aamiiin
  • From Allah we come and to Allah, we will return. Islam, a gift from Our Creator, Allah to humankind,..a Peaceful Way of Life
My profile