« Home | Al-Fatihah » | Alhamdulillah » | Bangkit dr Tidur, Tersedar dr Mimpi » | Saksi » | Bersama » | Penyesalan » | Sedih » | Hello » 

Thursday, December 30, 2004 

Al-Fatihah(sambungan)

Orang yang beriman juga, yang mempunyai keyakinan yang sangat tinggi kepada Allah SWT akan hanya meminta pertolongan daripada Allah SWT bila dilanda kesusahan dan cuba mengelakkan diri daripada meminta pertolongan dari sesiapa. Dengan izin Allah,kuasaNya, dan limpah kurniaNya, Allah akan tunjukkan/berikan jalan/cara/etc. untuk menyelesaikan masalahnya. Percayalah....

Al-Fatihah sebenarnya macam suatu doa juga. Adalah penting untuk kita sentiasa mengharapkan pertolonganNya. Pada pendapat saya, saya rasa ayat ini juga terserlah, konsep kepercayaan kepada Tuhan yang Esa, konsep keyakinan kepada Tuhan yang Esa, konsep bergantung kepada Allah sahaja.

Kerana sesungguhnya, dengan pelbagai penemuan dan perkembangan yang baru, samada dari sudut ilmu sains, teori, falsafah, dan sebagainya, ....dalam sedar atau tak sedar, mungkin ada perbuatan kita yang menggambarkan seolah-olah kita ada mempersekutukan Allah dengan sesuatu. (Ya Allah, minta dijauhkan!)

Kerana, ketahuilah, sesungguhnya, kepercayaan kepada 'La ila ha illallah' itulah yang membezakan seorang Muslim yang sejati dengan seorang kafir. Mungkin ini perumpamaan yang terlalu keras, tapi, heh.... saya rasa ianya bagaikan antara Hidup atau Mati. Sebab yerla, dengan kalimah ini jugalah, seorang itu beriman, kemudian menjadi orang Islam, dan agama Islam itulah agama yang diredhai di sisi Allah, dan bahwa amalan orang Muslim itu ada nilainya tetapi amalan orang kafir adalah sia-sia, dan nikmat iman yang semakin bertambah itulah yang makin menghidupkan dan menyegarkan roh seseorang insan.

Indah sungguh peribadi Allah!

Allah sentiasa mahukan kita untuk beriman kepada Allah dan engkar kepada kepercayaan Taghut yang boleh membinasakan kita.

Contohnya, apabila seseorang itu percaya kepada bomoh, sesuatu benda, tilik nasib.... betapa rosaknya hidup seseorang itu. Ia boleh menimbulkan...

Sifat buruk sangka yang boleh mengeruhkan hubungan sesama manusia yang dulunya aman.
Sifat takut yang menghalang pergerakan seseorang. Seseorang itu menjadi seorang yang terlalu berhati-hati sehinggakan payah untuk mempercayai orang dan membina hubungan.
.. Lantas, apa yang berlaku, .... seseorang itu hidup menyendiri.....

Sedih.... Bagaimana boleh seseorang itu hidup sendiri sedangkan memang Allah jadikan umat manusia itu berbeza kelemahan dan kelebihan supaya dengan itu, manusia hidup saling perlu-memerlukan.

Kemudian, bacaan diteruskan dengan,

5. Tunjukkanla kami jalan yang lurus,

iaitu jalan orang-orang yang terdahulu yang Engkau kurniakan nikmat ke atas mereka bukan jalan orang-orang yang Engkau murkai dan bukan pula jalan orang-orang yang sesat.

Allah sentiasa mahukan kita berada di jalan yang lurus. Begitu juga kita. Jauh di dalam hati manusia masing-masing, manusia sebenarnya tercari-cari, rindu untuk berada di jalan yang lurus. Jalan yang membebaskan manusia daripada kebuntuan hidup, kekeliruan dan kemerosotan akal fikiran, kesempitan dan kesesakan dada.

Sesungguhnya manusia tidak dapat lari daripada berhadapan dengan pelbagai dugaan, keseronokan duniawi, pengaruh orang-orang zalim, etc yang bisa melalaikan manusia dan melupakan manusia akan pencarian hakikat fitrah ini.

Orang-orang yang berdusta terhadap Tuhan adalah orang-orang yang zalim yakni:

11:19 (Iaitu) orang-orang yang menghalangi (manusia) dari jalan Allah dan menghendaki (supaya) jalan itu bengkok. Dan mereka itulah orang-orang yang tidak percaya akan adanya hari akhirat.

Jalan lurus itulah jalan orang-orang yang Allah kurniakan nikmat, jalan yang membolehkan manusia merasai nikmat iman, jalan ketaatan kepada Allah sahaja, jalan beramal/beribadah hanya kerana Allah, jalan melakukan kebaikan dan menjauhi keburukan, sebagaimana yang dikehendaki dan diredhai oleh Allah SWT. Jalan yang menepati kalimah 'La ila ha illallah'

Bukan sebarang jalan yang membawa kepada kemurkaan Allah seperti jalan yang dipilih oleh kaum Yahudi dan bukan jalan yang menyesatkan, seperti Nasrani. (Org Christian).

Sebagai penutup, syukur Alhamdulillah kerana kita dituntut untuk mengerjakan solat 5 waktu dan dituntut untuk membaca Al-Fatihah.

Sebelum saya akhiri karangan saya, moga-moga kita sentiasa melakukan ibadat, perbuatan menyembah Allah - melakukan sebarang perbuatan kerana Allah yang membawa kepada keredhaanNya dan mengelakkan daripada melakukan sebarang perbuatan yang membawa kepada kemurkaanNya. Aamiiin.



About me

  • Simply put, I am a Muslimah and am still trying to becoming one...Let it be that way,.. for the rest of my life as there are no other better things than to worship Allah Alone, the One and Only, the Most Gracious, Most Merciful. Aamiiin
  • From Allah we come and to Allah, we will return. Islam, a gift from Our Creator, Allah to humankind,..a Peaceful Way of Life
My profile