« Home | Takwa » | Seni » | Resonans » | Jgn Lupa Kita mudah Lupa... » | Taubat » | Nasihat » | Baitul M » | Bacalah... » | Ada jalannya, bukan tidak ada.. » | Sayang, Bukan Tak Sayang... » 

Tuesday, June 14, 2005 

Perbezaan

Gelap tidak selamanya gelap, cerah pasti akan tiba ....
Sesungguhnya pertolongan Allah itu paling dekat, yakinilah.....

Al-Layl:1-21
Demi mlm apabila menutupi (cahaya siang),
dan siang apabila terang benderang,
dan penciptaan laki-laki dan perempuan,
sesungguhnya usaha kamu memang berbeza-beza.
Adapun orang yang memberikan (hartanya di jalan Allah) dan bertakwa, dan membenarkan adanya pahala yang terbaik (syurga), maka Kami kelak akan menyiapkan baginya jalan yang mudah. Dan adapun orang-orang yang bakhil dan merasa dirinya cukup, serta mendustakan pahala yang terbaik, maka kelak Kami akan menyiapkan baginya (jalan) yang sukar.
Dan hartanya tidak bermanfaat baginya apabila ia telah binasa. Sesungguhnya kewajipan Kamilah memberi petunjuk, dan sesungguhnya kepunyaan Kamilah akhirat dan dunia. Maka, Kami memperingatkan kamu dengan neraka yang menyala-nyala. Tidak ada yang masuk ke dalamnya kecuali orang yang paling celaka, yang mendustakan (kebenaran) dan berpaling (dari iman). Dan kelak akan dijauhkan orang yang paling takwa dari neraka itu, yang menafkahkan hartanya (di jalan Allah) untuk membersihkannya, padahal tidak ada seseorang pun memberikan suatu nikmat kepadanya yang harus dibalasnya, tetapi (dia memberikan itu semata-mata) kerana mencari keredhaan Tuhannya Yang Maha Tinggi. Dan kelak dia benar2 mendapat kepuasan.

Adanya Perbandingan, supaya Perbezaan dapat ditonjolkan.
Adanya Perbezaan, supaya Hati ini dapat disedarkan.

Perbezaan mencetuskan titik Perpisahan...

Ada cahaya dan ada gelap. Namun, keduanya tidak serupa.
seperti ada air dan ada darat. Keduanya tidak serupa.
Ada bumi dan ada langit. Keduanya masih tidak serupa.
Begitu juga dengan iman dan kafir. Keduanya tidak serupa.
Masing-masing memiliki bentuk usaha dan amalan yang berbeza.

Oleh kerana itulah, Tauhid kepada Allah sangatlah, teramatlah, super-super, google super extra superb very most Penting. Berpegang dan berimankan kepada Kalimah La ila ha illallah itulah yang membezakan seorang mukmin dan orang kafir.

Titik perpisahan antara merasai nikmat iman atau tidak. Nikmat imanlah yang menerbitkan rasa keyakinan kepada Allah yang Esa, yang kemudiannya membuahkan amalan-amalan murni bertunjangkan iman kepada Allah, Yang Maha Pencipta..

Tidak ada amalan murni tanpa iman yang benar. Namun, bagaimanakah untuk islam (tunduk dan patuh tanpa bantahan kepada Allah) jika tidak yakin kepadaNya....

Di sinilah perlunya kita untuk berusaha mencari ilmu pengetahuan, bukan di kepala tetapi di hati. (Al-Alaq:Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan kamu....

Di sinila perlunya kita berusaha mengenali sifat-sifat Allah dan meyakininya. Mengenali Allah yang telah menciptakan kita dan mencurahkan rahmahNya ke atas kita. Mengenali jalan yang benar dan melaluinya. Berusaha mengenali jalan yang salah dan menghindarinya dan terus menghindarinya. Mengenali erti hidup sebagai hambaNya yang diangkatkan darjatnya sebagai khalifah di muka bumi ini. Agar iman terus teguh, tsabat dan istiqamah di jlnNya, agar takwa terus terbina...

Sesungguhnya Saidina Umar pernah berkata, "Islam akan terungkai satu-satu jika tidak kenal jahiliah"

Telah Allah kurniakan tenaga untuk kita gunakan utk beribadah kepadaNya. Telah Allah kurniakan akal untuk kita fikirkan utk bagaimana utk beribadah kepadaNya. Segala yang dianugerahkan seharusnya digunakan ke arah yang digariskan oleh Allah yang menciptakan kita. Ke arah yang paling mulia atas arah2 lain yang celaru, kabur dan kurang bersih.

Namun, jgnlah risau utk berbuat baik di jalanNya kerana Allah sentiasa bersama kita walau di mana kita berada. Malah segala yang ada alam buana ini adalah bergerak dengan izinNya, di bawah kekuasaanNya. Kerana Allah yang Maha Mengetahui kelemahan hambaNya yang kerdil dan Allah Maha Mengetahui keinginan hambaNya baik yang disembunyikan atau yang dizahirkan.

Kerna,

Al-Lail:Adapun orang yang memberikan (hartanya di jalan Allah) dan bertakwa, dan membenarkan adanya pahala yang terbaik (syurga), maka Kami kelak akan menyiapkan baginya jalan yang mudah.


Jika kita buntu atau tidak tahu apa patut buat seterusnya, pohonla pertolongan kepadaNya dan serahkanlah urusan kepadaNya. (Al-Fatihah:Akan Engkau sahaja Tuhan yang aku abdi dan Engkau sahaja tempat aku minta pertolongan)InsyaAllah, Allah akan tunjukkan jalannya dan insyaAllah Allah akan menjaga gerak langkah kita.

Bahkan,
Al-Lail: Sesungguhnya kewajipan Kamilah memberi petunjuk, dan sesungguhnya kepunyaan Kamilah akhirat dan dunia. Maka, Kami memperingatkan kamu dengan neraka yang menyala-nyala.

Betapa cantiknya bagaimana Allah menjalinkan hubungan dengan kita yang hanyalah hambaNya, tak ubah seperti makhluk yang kerdil asalnya daripada segumpal darah dan tanah yang hina yang tanpa perasaan dan akal.


Allah telah mewajibkan diriNya utk memberi petunjuk kepada manusia.

Jadi,

Sebenarnya Tidak ada ruang utk berputus asa dan berfikiran negatif. Tidak ada dan tidak ada. Kerana janji Allah itu sentiasa benar.

Sebelum sudahi,

Usahkan risau untuk mengorak langkah, menempuh jalan mengenaliNya,
Usahkan risau untuk mengorak langkah, mendekatkan diri kepadaNya,
Usahkan risau untuk mengorak langkah, beribadah kepadaNya.

Akhir sekali, marila kita gunakan masa yang ada untuk membasahkan hati dan jiwa dengan ilmu pengetahuan di hati, kuatkan iman dgn amalan kerana Allah...

Imam alGhazali:Perkara yang paling jauh ialah masa yang telah berlalu
Imam Hasan al-Banna:Masa itu tiada lain adalah kehidupan

Alangkah rugi jika masa yang byk apatah lagi sikit itu sebenarnya mampu, dengan izin Allah untuk menggilap cermin, menghidupkan enjin, membawa penghijrahan, memutihkan kain, membawa perbezaan...

Sayangnya meninggalkan potensi yang ada...


26:192-195
Dan sesungguhnya Al-Qur'an ini benar-benar diturunkan oleh Tuhan semesta alam, dia dibawa turun oleh Ar-Ruh Al-Amin (Jibril), ke dlm hatimu (Muhammad) agar kamu menjadi salah seorang di antara orang-orang yang memberi peringatan, dengan bahasa Arab yang jelas.


Dari Abu Dzar r.a katanya:”Rasulullah s.a.w bertanya kepadaku, sambil menepuk pahaku: Apa yang engkau lakukan jika engkau berada dalam lingkungan kaum yang suka melalikan solat dari waktunya? Jawabku:”Apa perintah tuan untuk saya?“ Sabda baginda, solatlah pada waktunya (sekalipun sendirian). Sesudah itu selesaikanlah segala urusanmu. Jika kebetulan orang solat berjamaah dan engkau masih berada dalam masjid, maka solatlah pula (bersama mereka).” (Muslim)

About me

  • Simply put, I am a Muslimah and am still trying to becoming one...Let it be that way,.. for the rest of my life as there are no other better things than to worship Allah Alone, the One and Only, the Most Gracious, Most Merciful. Aamiiin
  • From Allah we come and to Allah, we will return. Islam, a gift from Our Creator, Allah to humankind,..a Peaceful Way of Life
My profile