« Home | Resonans » | Jgn Lupa Kita mudah Lupa... » | Taubat » | Nasihat » | Baitul M » | Bacalah... » | Ada jalannya, bukan tidak ada.. » | Sayang, Bukan Tak Sayang... » | Insan Pilihan » | Apa Aku Buat Di Sini? » 

Saturday, June 11, 2005 

Seni

Alhamdulillah...

Al-Kauthar:1-3

"Sesungguhnya Kami telah melimpahkan kepadamu (wahai Muhammad) nikmat yg melimpah ruah"

"Kerana itu dirikanlah solat dan berkorbankan dengan ikhlas kerana Tuhanmu".

"Sesungguhnya orang yang bencikan engkau dialah orang yang putus keturunan"

Nikmat Allah teramatlah banyak,
Teramatlah banyak sehinggakan
Yg dirasakan byk sebenarnya sedikit,
Yang dirasakan kuat sebenarnya lemah,
Yang dilihat seolah benar sebenarnya batil,
Begitulah anugerah perangsang dari Allah yang Maha Penyayang...
Kepada hambaNya

Kebenaran perlu dilihat melalui hakikatnya, bukan melalui kaca mata sahaja,
Begitula yg tersirat di sebalik pertemuan murni dan indah
antara Nabi Musa dan Nabi Khidr.

Kekuatan perlu dipercayai melalui keimanan terhadapNya,
Amal yang mulia,
Kebenaran yang timbul tidak akan terputus,
Kerana apa sahaja yang berhubung dengan Allah tidak akan terputus.
Ianya tidak akan putus,
Selagi mana ianya berhubung dengan Allah yang Esa.


Apakah hak untuk mematikan sesuatu yg hidup,
Sedangkan yg hidup itu bukan dimiliki,
Tetapi dimiliki oleh Allah yg menghidupkan,
Begitulah soalnya dengan sembelih/korban kerana Allah...

Apakah hak utk membuat apa sahaja di muka bumi ini,
Sedangkan kuasa itu sebenarnya dimiliki olehNya,
Pemilik bumi dan segala-galanya antara langit dan bumi adalah Allah...

Kata-kata yang indah adalah seni,
Nasihat adalah seni,
Kata-kata yang berhikmah adalah seni,
Dakwah adalah seni...

About me

  • Simply put, I am a Muslimah and am still trying to becoming one...Let it be that way,.. for the rest of my life as there are no other better things than to worship Allah Alone, the One and Only, the Most Gracious, Most Merciful. Aamiiin
  • From Allah we come and to Allah, we will return. Islam, a gift from Our Creator, Allah to humankind,..a Peaceful Way of Life
My profile