Takwa
Takwa. Hari ini, tertarik untuk berbicara tentang takwa. Sering kita dengar perkataan ni kan, takwa. Takut.. Takut yng mcm mana. Apa sebenarnya takwa? Mengapa takwa adalah penting? Mengapa kita perlu bertakwa? Sesungguhnya, Allah telah berfirman,
2:1-5
Alif Lam Mim
Kitab (al-Qur'an) ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertakwa, (iaitu ) mereka yang beriman kepada yang ghaib, yang mendirikan solat, dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami anugerahkan kepada mereka, dan mereka yang beriman kepada kitab (al-Qur'an) yang telah diturunkan kepadamu dan kitab-kitab yang telah diturunkan sebelummu, serta mereka yakin akan adanya (kehidupan) akhirat. Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhannya, dan merekalah orang-orang yang berjaya.
Telah kita tahu bahawa Al-Qur'an itu anugerah Allah yang teramatlah berharga kepada manusia kerana pabila Al-Qur'an meresap ke dlm hati, dan beramal, di situla bermulanya titik keinginan untuk mendekatkan diri kepada Allah dan mengabdikan diri hnya kepadaNya tanpa mempersekutukan Allah dengan apa sahaja, dengan perasaan takut, rendah diri, rindu dan cemas mengharapkan keredhaanNya.
Tetapi, Allah memberitahu kita bahawa, Al-Qur'an ini tidak ada keraguan padanya, petunjuk bagi mereka yang bertakwa.
Kenapa, petunjuk bagi mereka yang bertakwa? Bagaimana dengan mereka yang belum bertakwa? Macam mana sebenarnya nak bertakwa?
Menurut Syed Qutb di dlm Fi zilal Al-Qur'an,
"Hidayat adalah hakikatnya, wataknya, essensinya dan eksistensinya (wujudnya) dan substansinya (inti, sari, patinya) tetapi bagi siapa? Dan untuk siapa Al-Qur'an ini menjadi petunjuk, cahaya, dalil, bukti yang terang dan nyata?
Dan untuk siapa Al-Qur'an ini menjadi petunjuk, cahaya, dalil, bukti yang terang dan nyata?
Untuk mereka yang bertakwa!
Takwa itu di dalam hati. Takwa inilah yang mengharuskan hati untuk mengambil manfaat dari Al-Qur'an. Takwa inilah yang membukakan tutupnya hati hingga Al-Qur'an dapat masuk dan melakukan peranannya di dalamnya. Takwa inilah yang mempersiapkan hati untuk memetik, menerima dan menyambut kedatangannya"
Jelaslah di sini, bahawa seseorang itu perlu bertakwa bagi memanfaatkan Al-Qur'an. Hanya dengan takwa, Al-Qur'an itu bermanfaat. Dan hanya dengan takwa, apa yang ada dalam Al-Qur'an dapat direalisasikan dan dan dimanfaatkan.
Hanya dengan takwa, usaha untuk mengembalikan Islam di tempatnya yang benar dapat dilakukan dan kesejahteraan dapat dirasai oleh semua umat manusia bukan sahaja kepada umat yang bertakwa tetapi untuk semua makhluk yang wujud di mana-mana antara langit dan bumi ini.
Umar bin Khattab bertanya Ubay bin Ka'b mengenai takwa, katanya
Apakah kamu telah melalui jalan yang berduri? Jawab Ubay, "Ya." Kata Umar lagi, "Lalu apa yang kamu lakukan?" Jawab Ubay, "Aku menghindar dan berusaha keras untuk menghindarkannya." Umar berkata, "Itulah dia takwa!"
Syed Qutb berkata, "Maka takwa itu adalah kesedaran hati, kejernihan rasa, ketakutan yang terus menerus dan kewaspadaan yang konstan, dan menyingkirkan dui-duri di jalanan, jalan kehidupan, yang bergravitasi dengan duri-duri kesenangan dan syahwat, dan duri-duri kelobaan, kebesaran diri dan duri-duri ketakutan dan kegelisahan, dan duri-duri harapan palsu kepada manusia yang tidak punya kekuatan untuk mencapainya, dan ketakutan palsu terhadap yang tidak punya kekuatan memberi manfaat dan mudharat, dan berpuluh-puluh duri lainnya!"
Jadi, sini, jelaslah kan, betapa pentingnya untuk kita semua cuba untuk bersungguh-sungguh membuat segala perkara kewajipan yang Allah suruh kita lakukan dan bersungguh-sungguh untuk meninggalkan apa yang dilarang oleh Allah. Ingatlah, bahwa sesungguhnya, kalau baik, dengan Rahmah Allah, kita disuruh buat baik setakat mana yang kita mampu tetapi kita memang tidak boleh buat perkara yang dilarang Allah. Tidak ada fleksibiliti di situ.
Dengan ini, supaya kita terus istiqamah dan tsabat di jalan lurusNya.
Tidak lain, apa-apa pun, kita perlu kembali kepadaNya, beriman kepadaNya, bernaung di bawah akidah yang sejahtera, iaitu La ila ha illallah...
Jadi, Marilah kita semua bertakwa dan cuba untuk terus bertakwa...